Tuesday, March 29, 2011

Nurafiqah, Ko sangat best taw x?

Beshtie! Haha :D Aku senaraikan apa yang aku suka pasal ko taw:-
1-  Ko cantik sangat,hidung ko kecik je. Tuh bende pertama aku perasan mase 1st tengok ko. Kite sebilik mase duduk kolej :) Happy!
2-  Ko sekepala dengan aku. Banyak hal sependapat,macam ko taw je apa dalam otak aku nih. 
3- Taste ko comel-comel. Tengok katil ko da cukup la,pink belaka! Haha (aku pon same) Pastuh baju kite pon bnyk yang lebey kurang,kebetulan kan? :)
4- Ketawa ko yang leyh buat aku gelak bila dengar. Paling kelakar bila kita dalam mood membahan (bukan mengumpat) kawan-kawan,ko yang tengah baring boleh terduduk sebab gelak.
5-  Perangai memahami ko- Hehe. Ko memang paham aku sangat-sangat. Bila aku shdey,ko orang pertama aku cari tapi kalo happy pon aku cari ko jugak kan? Hehe. Bila aku nangis,ko pon nangis. Lawak lak rasanya.
6-  Ko kuat tido. Haha. Aku tak paham macam mana ko boleh buat record tido sehari suntuk. Aku check tengok ko bernafas ke tak,still bernafas. Maknanya ko memang tido! Aku yang tak reti tido lama-lama. Tido 3 jam pon da cukup.
7-  Ko punya alarm bingit,ko tutup pastuh ko tido so apa tujuan ko sebenarnya? Haha~ Ko pernah dua kali kejut aku untuk pegi kelas. Memang aku yang kena kejut ko tiap-tiap hari. Maknanya alarm ko tuh untuk buat aku bangun and kejut ko la? Huhu~ Lagu Korea ko yang kuat!
8- Kita berkongsi semua benda (kecuali boyfriend. hehe~) Baju ko,baju aku jugak,make up aku,makeup ko jugak :) Banyak benda kita kongsi. Ko ingat masa kita pegi camping Kesatria kat Perak tuh,apa yang aku pinjam. Haha!
9-  Ko penakut gila! Hehe. Yang nih buat aku tergelak bila teringat. Ko punya penakut tuh menakutkan aku sama taw x. Pasal kes kucing paling tak boleh lupa,tapi aku protect ko kan (sedangkan ko da nak lari tinggal aku). haha! Lagi satu,benda terbang kat tingkap (sape suruh ko pecahkan tingkap tuh)
10-  Ko suka minum susu and cuba pengaruh aku untuk minum sama-Tak boleh la weyh,tak sedap. Hehe. Aku sayang neskepe aku. Ko selalu kutuk tulang aku yang bunyi-bunyi bila aku bergerak-bergerak nak bangun tido. Ceh,ko cakap aku kurang kalsium and terus ko buat segelas susu untuk aku (aku minum suku je).
11-  Ko selalu buat muka ketat ko- Haha!! Kantoi. Paling perasan bila ko berjalan kat tempat ramai orang. Muka ko da macam pembunuh upahan. Bila aku cerita,ko pon gelak kan? Haha!
12-  Ko puji aku punya ayam goweng bubuh bawang putih. Haha. Ko ingat kan masa bulan puasa tuh,aku rase seminggu straight kita sahur and bukak puasa dengan ayam goweng aku tuh. Suka ko kan. Malam-malam sanggup kupas bawang and marinade terud so that rasa lebey masuk dalam-dalam ayam. Haha. tapi ko la kupas bawang,aku cuma garam kunyit and goweng :)
13-  Ko fanatik dengan Siti Nurhaliza- Haha. Ko beli semua album ori dia pastuh karok pon lagu Siti jugak. Ok,aku pon minat Siti (tapi tak beli album).
14-  Ko selalu pakai bedak sejuk malam-malam- Comel kot. Haha. Aku pon da terjebak sama. Hehe. Bila aku tengok bedak sejuk,aku teringat ko.
15-  Ko matang- Ko selalu bagi nasihat yang bernas kat aku. ko baik sangat. Ko nasihat,memang selalu aku ikut. Hehe.
16- Ko kuat ponteng. MasyaAllah. Ko memang ditakdirkan untuk aku la. Haha~ Kadang-kadang da syiap pakai baju semua,tapi ubah fikiran tak nak pegi kelas pulak. Ok,cepat-cepat kita tukar baju and tido semula. Haha. Rindu saat tuh.
17-  Ko tak pernah bosan dengan aku-Kita kadang-kadang tak ada modal nak bercakap,kita akan flashback cerita lama and gelak kuat-kuat macam 1st time dengar lawak tuh. Haha. Lilee sampai terberhenti sembahyang sebab dengar suara ko gelak dalam bilik dengan aku. Haha! Jumpa ko nanti aku nak record suara gelak ko.
18-  Ko selalu backup aku bila aku ada luahan masalah. Camtuh la kawan :) Hehe. Bagus ko nih. 
Banyak lagi nak tulis. Nanti ko baca la keyh? Sayang ko banyak-banyak. Aku start kenal ko 30 Jun 2007 :)

1 comment:

rain ilias said...

16- Ko kuat ponteng. MasyaAllah. Ko memang ditakdirkan untuk aku la. Haha~ Kadang-kadang da syiap pakai baju semua,tapi ubah fikiran tak nak pegi kelas pulak. Ok,cepat-cepat kita tukar baju and tido semula. Haha. Rindu saat tuh.
hahahaahah klaka gile la.....bestnye...tringin kot dpt sahabat cmni.............