Wednesday, April 3, 2013

Tweet itu

Untuk saya ke? Kalau betul,ada hal yang awak harus tahu. Bukan senang untuk saya buat keputusan ni. Macam apa yang awak mintak saya buat 6 bulan lepas,mintak saya mulakan kehidupan yang baru,lupakan awak,teruskan hidup saya. Berbulan saya ambil masa. Saya tak tahu apa akan jadi lepas ni. Soal jodoh saya serahkan pada Allah. Biar Dia tentukan. Saya harap kalau saya bukan dengan awak,awak doakan kebahagiaan saya. Saya kenal awak dah lama. Saya tak pernah benci awak. Tak pernah. Terima kasih. saya hargai kewujudan awak dalam hidup saya. Saya sentiasa ada kalau awak perlukan saya. Awak pernah jadi sebahagian daripada hidup saya. Awak pernah jadi sumber kegembiraan dan kesedihan saya. Saya rasa awak tahu apa yang jadi sekarang. Cuma jauh di sudut hati saya,saya doakan awak gembira. Salam sayang.

No comments: