Tuesday, May 28, 2013

Untuk awak

Saya suka bila awak telefon saya. Bila saya baring atas katil,sambil bergayut di telefon dengan awak. Saya boleh ketawa kuat kuat. Saya suka bila awak menyanyi dekat telefon. Saya suka bila awak risau tentang saya. Jodoh ini rahsia Allah. Kita tak tahu apa akan jadi masa depan. Tapi selama saya dengan awak,saya akan jaga awak baik baik. Tak nak buat awak sedih. Awak terlalu baik untuk dilukakan. Saya akan bersama dengan awak,susah senang dengan awak. Terima kasih sebab belikan saya hadiah,belanja makan semua tu. Awak sweet sangat. Tiap tiap minggu awak balik,untuk jumpa saya. Mana nak dapat orang lain yang macam awak ni? Tak ada. Awak sangat rare. Saya selalu senyum bila dapat message dari awak. Sweet awak dengan sweet saya lain tapi saya rasa itu yang melengkapkan kita. Dan pasal majlis tunang tu,nanti kita bincang betul betul ye? Saya sangat excited. Saya tak pernah bertunang sebelum ni (of course) dan saya tak sangka,Joe yang saya kenal dari sekolah rendah dulu,akan jadi tunang saya (Insyaallah) Tak banyak yang saya mintak. Cukuplah awak selalu setia dan jujur dengan saya dan terima saya seadanya :) Insyaallah,tak ada yang mustahil.

No comments: