Monday, June 10, 2013

Berjumpa keluarga awak pada 8 Jun 2013


Saya rasa ini adalah antara hari yang paling saya takut. Sumpah saya takut. Nak jumpa mama awak untuk kali pertama dan mama awak nak tengok saya. Sepanjang hari Sabtu tu saya menggelabah gila babs awak tahu tak. Nak muntah nak sawan nak menjerit semua ada. Dah lama tak jumpa mak mak orang ni. Hehe. Saya bersiap pun,jenuh nak pilih baju apa nak pakai. Petang tu masa awak teman saya beli makanan kucing,mama saya suruh awak call abah saya,untuk mintak izin bawak saya keluar malam tu. Ya Allah. Cuak gila. Mana ada siapa sebelum ni yang pernah berani call abah. Tahniah,awak memang berani :) Thanks sebab call abah. Abah terus call mama kot lepas tu. Hihi. Bergossip berdua dekat telefon. Abah bagi je cuma dia suruh bawak teman. Awak ada whatsapp abah kan. Dia tengok gambar whatsapp awak. Dia zoom sekali. Dia cakap tangan awak ada bulu. Haha. Yang itu memang lawak. Hehe. Bawak Acum teman saya :) Masa awak dah sampai depan rumah,abah ada  kat dalam rumah. Berdebar je saya tau. Saya ajak mama saya jumpa mama awak sekali. Awak tahu tak,mama cakap dia pun nervous. Haha. Dia nervous saya apatah lagi. Rasa nak meninggal. Masuk kereta,salam mama dan kakak terus pergi ke Secret Recipe. Banyak jugak bersembang pasal sekolah Sungai Rokam ye :) Nasib baik ada topik nak sembang,kalau tak saya memang terdiam sekejap dekat situ. Saya rasa terharu sangat bila mama awak tanya nak cincin apa,nak hantaran or macam mana. Nak cincin belah rotan dan ada ukir nama kita berdua. Cincin emas ke cincin perak ke saya tak kisah,apa awak bagi,saya terima seikhlas hati. Cuma,saya tak ada pengalaman sangat pasal ni,saya nak cakap banyak pun tak reti. Dan kita bincangkan pasal tarikh pertunangan kita nanti. Insyaallah,bulan Ogos ini :) Saya belanja semua makan,mama cakap awak tak malu. Hehe. Tak apa,bukan selalu kan. Dagu awak macam mama awak. Sebijik okay. Saya rasa sangat seronok. Saya dah sampai peringkat umur saya dah boleh berbincang dengan bakal mak mertua pasal bertunang. Saya menangis masa tengah bersiap nak jumpa awak dan mama awak. Terharu sangat :') Saya harap kegembiraan ni berkekalan sampai bila bila. Thanks sebab ada ambil gambar. saya whatsapp dekat abah dan adik beradik saya gambar tu. Hihi. Seronok tau. Mama cerita pada abah,mama awak tanya nak cincin macam mana? Abah gelak je :) He was so happy. Anak dia dah nak melangkah setapak lagi. Terima kasih Joe. Malam tu saya tidur lena sangat. Rasa cuak dan takut selama seminggu tu dah ghaib. Jadi tak sabar nak tunggu bulan Ogos ni :) Alhamdulillah. Allah kurniakan saya seseorang yang sangat baik. Saya tahu awak boleh jaga saya. Sayang awak sangat sangat.

2 comments:

Just Joe said...

Panjangnya..
Hmm rindu lah :(

Jojo Lee is a cat said...

Rindu awak jugak,dear :)