Tuesday, June 11, 2013

Ehem ehem

Balik balik kerja,terdengar dari luar rumah. Abah bersembang dengan mama. Bercakap pasal kahwin. Abah tersangat excited. Dia bincang bincang pasal cincin,hantaran,nak panggil catering,nak ajak saudara mara datang. Saya tak sangka agak cepat abah approve awak. Dia tunjukkan dekat saya gambar yang saya Whtsapp pada dia. Dia zoom lagi. Kaki zoom betul abah ni. Hehe. Gambar dekat Secret Recipe tu. Saya rasa abah dah bersedia nak lepaskan anak dia. Rasa sebak pun ada. Awak,awak kena jaga saya baik baik tau. Abah dah percayakan awak. Harap awak tak sia siakan kepercayaan keluarga saya pada awak. Tapi saya yakin,awak baik :) Saya tak sabar nak tunggu bulan 8 ni. Saya nak mula buat preparation untuk majlin tunang kita. Fuhhh. Nak tengok tengok baju tunang. Saya cari baju warna pink lembut kot. Warna favourite saya :) Nak cari tudung. Hehe. Excited gila dan sebak jugak. Benda benda macam ni buat saya rasa terharu sangat. Terima kasih Joe. Dalam ramai ramai wanita,saya yang pilih awak. Saya tak sempurna tapi sedaya saya,saya nak buat awak gembira. Selayaknya awak dapat kebahagiaan sebab awak sangat baik. Saya sayangkan awak. Saya tak nak buat awak sedih. Saya takkan pergi. Susah macam mana pun kita,saya tetap akan ada dengan awak. Jangan risau. Saya takkan jauh. Sentiasa dengan awak. Terima kasih bagi voice note pagi tadi. Sweet sangat. Dengar suara awak pun saya jadi sayu je. Dengan awak,semuanya membabitkan hati saya. Saya ni hati tisu sikit. Cepat sangat nak menangis. Tapi,itulah dia cinta hati awak. Dari awal awak kenal saya,sampai bila bila,inilah saya :)

No comments: