Tuesday, June 25, 2013

Just for you

Dalam hati saya ni,ada awak seorang saja.
Tak ada niat nak tambah.
Tak mungkin akan menduakan,mentigakan atau menggandakan perasaan saya pada orang lain.
Ada awak sorang pun dah cukup.

Yang buat saya senyum tanpa sebab.
Yang buat saya pening kepala bila kita bergaduh.
Yang buat saya menangis.
Yang buat saya ketawa macam orang gila. 
Semuanya awak.

Aura apa yang awak bawak?
Cepatnya saya jatuh cinta pada awak.
Cepatnya saya rindukan awak.
Paling cepat,saya angau dekat awak.

Mata pandang langit,nampak muka awak.
Mata pandang nasik,nampak senyuman awak.
Mata pandang tv,nampak diri awak.
Kenapa awak ada dekat semua tempat?

Saya tak peduli kalau kita gaduh sekalipun.
Sebab kita dah janji,takkan tinggalkan hubungan ni.
Saya ada awak,awak ada saya.
Selamanya akan macam ni.
Saya bahagia sangat,walaupun kita dua dua tengah merajuk.

Mana nak dapat orang macam awak ni?
Awak yang unik,awak yang ganjil,awak yang lain.
Tak sama macam Ali,Hassan,Noreen dan Karim.
Dalam keramaian manusia,awak makhluk asing.
Dalam lautan bunga lili putih,awak bunga ros merah.
Awak pemilik hati saya,selamanya.


I love you :)

No comments: