Wednesday, June 26, 2013

Kita

Di Twitter asalnya bahasakan lu gua lu gua.
Bila di bbm kita bahasakan saya awak.
Semakin lama hubungan makin berkembang.
Kita bahasakan diri sebagai baby dan sayang.

Sampai ke hari ni tak mampu saya jawab.
Bila sebenarnya saya jatuh cinta dengan awak.
Saya tak pernah tahu.
Cuma tersedar.
Bila bangun tidur,nak baca mesej good morning dari awak.
Bila tengah gembira,nak kongsi cerita dengan awak.
Bila tengah sakit,nak mengadu dengan awak.
Bila tengah sedih,nak menangis dengan awak.

Awak dah jadi yang tetap di dalam hidup saya.
Seperti rutin harian.
Seperti salah seorang ahli keluarga.
Seperti nyawa.
Seperti oksigen.
Itulah awak.

Awak bertemu dengan beberapa orang sebelum akhirnya bertemu dengan saya.
Saya bertemu dengan beberapa orang sebelum akhirnya bertemu dengan awak.
Kita membawa kisah pahit dan manis di belakang kita.
Bertemu dengan awak antara kenangan manis dalam hidup saya.
Awak suarakan hasrat nak bertunang pun antara kenangan manis dalam hidup saya.
Awak bawak saya berjumpa dengan keluarga awak pun kenangan manis dalam hidup saya.
Pahitnya? Tiada.

Pengaruh saya dalam hidup awak?
Awak cakap saya buat awak bahagia.
Awak cakap saya buat awak lupa semua cerita sedih awak.
Awak cakap saya buat hidup awak sangat bermakna.
Awak cakap itu awak cakap ini semuanya awak cakap,saya tahu awak cintakan saya.

Lagi 50 tahun,kalau nyawa masih ada,saya berusia 74 tahun dan awak 73 tahun.
Tinggal berdua dengan seekor kucing bernama Juju.
Masa itu kita sudah berkedut,mungkin jalan pun pakai tongkat.
Saya akan ketawa tengok awak dah tak ada gigi.
Dan awak akan ketawa tengok saya masih kuat bercerita.
Kita dah ada anak cucu cicit.
Petang petang kita berjalan ditaman.

Saya tak tahu hayat saya selama mana.
Tapi selama dengan saya,awak akan bahagia.
Saya akan jaga awak.
Saya akan jadi punca gembira dan sedih awak.
Tapi apa apa sekalipun,saya nak jadi yang utama dalam hati awak. 

I love you so much. Hari ini saya menaip sebagai kekasih awak. 
Lagi 2 bulan,sebagai tunang awak.
Lagi 2 tahun,sebagai isteri awak.
Lagi 3 tahun sebagai mummy kepada anak anak awak.
Insyaallah.
Kita usaha.

Sayang awak sampai bila bila. 
Awak yang terakhir. 
Tak ada yang lain. 

No comments: