Wednesday, June 12, 2013

Nostalgia Cinta

Kita patah balik ke pertemuan pertama kita secara rasminya. Di Oldtown White Coffee Medan Gopeng. Malunya rasa masa tu. Berdebar gila tunggu awak datang. Saya tak boleh kawal perasaan malu tu. Nasib baik bawak adik temankan. Saya tak ada idea langsung saya akan berjumpa dan bercakap dengan awak. Tapi,dah lama sangat berbbm takkan la kita tak jumpa kan. Kita pergi jalan jalan lepas tu. Saya tak tahu la masa tu awak seronok ke tak jumpa saya. Haha. Mungkin awak tak ada perasaan lagi pada saya masa tu. Saya pakai tudung kuning dan baju pink masa pertama kali jumpa awak tu. Macam biasa,awak pakai kemeja. Saya perhatikan awak. Saya terkejut awak ada jambang. Hahaha. Tapi sekarang ni,selepas 6 bulan kita rapat,saya tahu awak memang ditakdirkan untuk saya. Memang tak sangka. Awal awal kawan,awak dah mula cakap pasal nak bertunang. Mulanya saya was was jugak. Kita baru kenal dan saya nak awak kenal saya dulu. Tapi awak cakap,awak dah ready. Saya bagitahu mama. Mama cakap,lelaki kalau dia ada niat nak ikat hubungan tu maknanya dia serius la tu. Saya banyak fikir tentang ni. Tentang kita. Alhamdulillah,saya terbuka hati untuk terima. See,awak yang mengorat saya dulu kot? Haha. Tapi before kita jumpa tu,kita selalu exchange voice note kan? Sepanjang awak drive balik ke Cyberjaya,rajin kita berbalas balas voice note. Awak cakap,rasa macam nak dengar suara saya setiap hari. Angau lettew. Hihi. Thanks Joe. Saya sayangkan awak. Sayangkan hubungan kita ni. Semoga dipermudahkan jalan kita untuk mendirikan masjid. Saya akan sabar tunggu awak.

No comments: