Monday, July 29, 2013

Buat saya tersenyum

Bila awak bbm.
Awak cakap dah start beli barang hantaran.
Seronoknya.
Serius saya bahagia sangat.

Umur saya 24 tahun.
Dah ada yang datang merisik saya.
Nak bertunang dengan saya.
Ini yang orang cakap.
Jodoh tu,mungkin yang dah lama ada depan mata.
Sekarang baru saya faham.
Ini perasaan dia.

Masa sekolah rendah saya pernah nampak awak.
Masa sekolah menengah pun :)
Last year pun ada nampak awak.
Cuma itulah aturan-Nya,masa itu kita belum ditakdirkan untuk berjumpa dan bercakap.
Cinta Twitter kita ni,saya harap akan berkekalan sampai bila bila.
Walaupun kita baru jugak lagi rapat,saya rasa macam saya dah lama kenal awak.
Saya sayangkan awak,Joe.
Saya tak menyesal pilih awak.
Kita akan lalui susah senang bersama sama.
Kita akan ketawa,kita akan bergaduh,mungkin bertumbuk. Haha.
Saya je yang tumbuk awak.
Buli awak :)
Tapi hakikatnya,saya cintakan awak.

Walaupun kadang kadang saya angin dengan awak.
Saya marah awak.
Yang sebenarnya,saya tak boleh berjauhan dengan awak.
Nak dengar suara awak selalu.
Nak tengok senyuman awak.
Awak cukup membahagiakan saya :)

I love you,Joe.

No comments: