Wednesday, July 3, 2013

Kamu sorang

Awak sorang.
Dalam hati.
Dalam fikiran.
Dalam dompet.
Dalam angan.
Dalam setiap nafas.
Awak sorang.

Awak sorang.
Yang boleh jadi teman.
Yang boleh jadi cinta.
Yang boleh jadi nyawa.
Yang boleh jadi sumber ilham.
Yang boleh jadi penawar rindu.
Yang boleh jadi madu.
Yang boleh jadi racun.
Awak sorang.

Saya sayang awak.
Saya rindu awak.
Tak ada perempuan lain.
Yang boleh cintakan awak,macam saya buat.
Setiap hari saya berusaha.
Untuk bahagiakan awak.
Semoga senyuman manis awak selalu terukir.

Tak angkuh untuk saya bagitahu.
Saya tahu awak sayang saya.
Awak tak mampu jauh dengan saya.
Saya tahu semua itu.
Saya hargai awak.
Seolahnya awak lelaki pertama yang saya cinta.
Seolahnya awak lelaki pertama yang saya jumpa.
Saya cintakan awak.
Awak sorang.

No comments: