Thursday, July 25, 2013

Pukul 5 pagi

Awak telefon.
Kali kedua baru saya angkat.
Mamai pukul 5 pagi.

"Awak,saya serabut la pasal tunang kita ni"
Ayat awak buat mata saya terbeliak seluasnya.
Saya terus bangun,kenapa awak?
Awak cakap,awak tak tahu nak bagi apa.
Saya rasa nak masuk dalam telefon dan tumbuk muka awak sedas.
Ingatkan apa tadi.

Jangan buat saya cuak please.
Haha.
Lepas itu saya layan awak berborak.
Pasal pertunangan kita nanti.
Comel je.
Sekarang baru nak sembang pasal ni ye?
:)
Happy.
Awak sebut apa awak nak bagi.
Saya pun bagitahu apa saya nak bagi.

Comel.
Kita merancang.
Berbincang sama sama.
Kegembiraan semalam masih terbayang.
Kita berbuka dengan kawan kawan awak.
Myna,Yus,Lisya,Fuadi,Blurp,Syarh,Godam and Trisya.
Nasi Lemak Ayam Kampung.
Awak gelak bila saya tanya,kedai makan tu dekat bandar ke?
Awak cakap saya comel.
Pekan,sudah.
Suka hati saya la.

Lepas makan semalam,
kita ramai ramai pergi Padang Polo.
Saya makan ais krim.
Beli nescafe untuk awak.
Kita sembang sembang,gelak gelak.
Sekarang saya tahu kenapa awak suka lepak dengan kawan kawan awak :)
Happy ye? :)

And then kita pergi Tambun.
Uptown.
Kesian awak berjalan jauh dengan tongkat.
Saya lapkan peluh awak.
Saya sayang awak tau.
Saya nampak walaupun awak sakit,awak tetap jaga saya.
Terima kasih cintaku.

Lagi 3 minggu,awak.
Saya macam cuak cuak jugak ni.
Hari ni tudung saya sampai.
Baju dah ada,kasut dah ada.
Balik ni nak try baju dan jahit manik.
Hopefully cantik la.
Hehe :)

I love you Joe.
Terima kasih sebab nak bertunang dengan saya.
Saya bahagia sangat dengan awak.


 

No comments: