Thursday, August 15, 2013

Lunch date

Seronoknya :) Bila tengah hari awak datang ambil saya dekat office,kita pergi makan. Seronok sangat. Tak pernah ada orang buat macam ni dekat saya. Rasa nak lempang awak bila tengok awak ada dekat depan office ni. Terima kasih tau. Awak baik sangat dengan saya. Saya sangat sangat menghargai kewujudan awak dalam hidup saya. Saya sayangkan awak. Saya tak tipu. Awak dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Awak dah jadi orang penting dalam hidup saya. Sabtu ni hari pertunangan kita. Demi Allah,saya rasa tak senang duduk dah ni. Lepas ni saya akan menjalani kehidupan sebagai tunangan orang. Mungkin kita akan hadapi cabaran dan dugaan yang lebih lagi tapi saya tahu kita dah bersedia. Saya bahagia sangat dengan awak. Terima kasih buatkan buku pertunangan kita tu. Cantik sangat,serius saya terharu. Rasa nak menangis (dah menangis dah pun) :) Saya cintakan awak,Amirul Johari. Awak kesayangan saya. Awak madu dan awak racun. Saya tak tahu nak gambarkan perasaan saya dekat awak ni tau. Saya takkan tanya kenapa kita tak berjumpa dari dulu,ada hikmahnya tu. Awak yang terbaik untuk saya. Yang terbaik biasanya lewat sikit sampainya :) Kejap lagi kita jumpa ye? Sekejap je lagi. Yayyy!

No comments: