Friday, September 13, 2013

New book

Setengah perkara yang aku bercadang nak simpan dalam hati,dah tak mampu nak simpan. Hati aku jadi sakit. Bukan senang untuk aku simpan. Sebabnya aku ni dah terbiasa,tak puas hati akan terus cakap. Tapi masalahnya,aku tak nak bergaduh dengan sesetangah orang penting dalam hidup aku ni. Jadinya,aku mampu menulis dalam diari jela kot. Aku malas nak cakap,nanti jadi salah faham. Takpelah,aku sabar jela sekarang ni. Aku sekarang dah balajar untuk bersabar dan cuba bertolak ansur. Kadang kadang bila aku terdiam tu,ya maknanya aku tengah marah dan cuba untuk kawal perasaan tu dan tingkatkan kesabaran aku. Aku tahu benda ni akan ambik masa untuk aku ubah. Cuma,aku mintak bagi aku sokongan. Jangan kerap sangat uji kesabaran aku ni,aku dah cakap tadi aku tengah mencuba mengawal. Tadi aku gigit bibir aku sebab aku tak nak keluarkan perkataan perkataan and ayat ayat yang terbuku dalam dada. Lawaknya muka aku masa tu. Hehe :) Disebabkan sayang,aku buat semua ni. Hargailah.

No comments: