Wednesday, October 9, 2013

Hari ini

9 Oktober 2013
Rabu.
Hujan.
Saya rasa hari ni saya jatuh cinta semula pada awak.
Rasa macam..
Macam mana awal dulu,awak mengorat saya.
Setiap hari awak cari saya.
Daripada tak kenal,kita mulai kenal.
Berbalas voice note,bergayut sampai pukul 3 pagi.
Sampai rasa,kalau awak takde,pelik.
Saya tak sedar bila saya jatuh cinta.
Cuma yang saya tahu,yang saya dapat rasa,awaklah orangnya.
Banyak benda istimewa tentang awak.
Banyak benda yang saya suka pada awak.
Awak sempurna di mata saya.
Awak buat saya bahagia.
Terima kasih sebab awak sudi jadi tunang saya.
Saya sampai sekarang rasa tak percaya.
Dah bertunang rupanya aku ni.
Dengan Joe Azman pulak tu.
Kawan sekolah rendah,sekolah menengah.
Tahun lepas,tarikh ni dekat mana agaknya kita?
Tak tertulis lagi kita akan berjumpa.
Awak tahu tak,saya suka cara awak.

Saya sayangkan awak.
Awak sayangkan saya.

Insyaallah tak lama lagi kita akan kawen.
Kawen okay,kawen.
Jadi suami isteri.
Saya tengah mencari ruang,cari masa.
Nak pergi kursus kawen :)

Teruja sangat nak melalui perjalanan bakal bergelar isteri orang.
Isteri Amirul Johari Azman :)
Insyaallah.

No comments: