Friday, October 11, 2013

Jangan berhenti.

Perkara apa kita buat sebelum ni,kita kekalkan.
Masa mengorat someone,kita mencuba. All out. Sebelum dia bangun tidur,kita bangun tidur dulu,semata mata nak karang message 'good morning' yang sweet. Sentiasa rasa nak call insan yang istimewa tu,nak dengar suara dia,nak bercakap dengan dia,nak dengar bebelan dia,ketawa bersama. Indahnya. Teringat dia,terus click button record voice note. Sebab kita tahu insan istimewa tu akan happy dapat voice note dari kita. Check surat di pejabat,kita dapat surat cinta. Perasaan? Seronok tak dapat digambarkan. Fikirkan pengirim,mengirim surat dengan penuh rasa berbunga bunga,kita yang menerima lebihlah seronok rasanya. Nak balas atau tidak? "Tak payahlah,aku bukan jenis tulis surat". "Tak payahlah,tulisan aku buruk,nanti dia gelak". "Tak payahlah,dah jadi makwe aku dah pun,lainlah kalau masa nak mengorat dulu,boleh jugak nak balas supaya dia lebih suka aku". Perempuan,sisi fikiran dan kemahuan berbeza. Sentiasa ingin dimanja. Kadang kadang bila pasangan mengeluh penat baru habis kerja,penat dan perlukan masa untuk diri sendiri,kita di sini akan terdiam. Jauh di sudut hati,teringin nak dengar " Saya sanggup sacrifice masa rehat saya,sebab dah banyak awak buat untuk gembirakan hati saya,awak korbankan lena nyeyak tidur pagi awak untuk kejut saya bangun pergi kerja,takkanlah setakat 10 minit saya tak boleh nak sabar layan kerenah cinta hati saya yang gedik mengada suka mintak dimanjakan ni, yang suka lengah lengahkan masa bila nak letak telefon ". Ada masa kita rasa hilang sabar,cuba kita kenang balik. Macam mana pasangan sanggup berkorban untuk kita. Macam mana?
Buat surprise sekali sekala. Tak rugi pun. Relationship boleh jadi lebih kuat. Tak hambar. 
Cakap soal hambar.
Perempuan memang terkenal dengan lawak hambarnya.
Lelaki cubalah ketawa. Cuba untuk gembira bersama. Tak semestinya lawak perempuan tu kena capai tahap Maharajalawak Mega baru lelaki layak gelakkan. Cuba masuk ke perbualan tu,saat perempuan tu terkekeh ketawa,tak sempat nak habis cerita pun masih gelak lagi (sedangkan benda tak berapa lawak) GELAK SAMA SAMA dengan dia. Dia akan rasa seronok. Tak ada siapa yang suka bila tengah excited bercerita,respon yang diterima adalah "ha ha ha lawaknye~ (perli)". Belajar cara untuk berkomunikasi dengan positif.

Perempuan,selalu mahu didahulukan.
Selalu mengada ngada.
Hargai.
Sebelum dia tawar hati.
Kadang kadang,sampai satu tahap,dia akan berhenti.
Berhenti mencari.
Dia dah tak peduli.

Aku akan terus kekalkan diri aku macam ni :)
Tak harapkan balasan untuk benda benda remeh (surat cinta,card) yang selalu aku tulis.
Sebab aku memang macam ni.
Kalau kamu rasa nak hargai aku,cukuplah sekadar dapat melayan cakap - cakap  merapu aku bila kita di telefon.

Kena ada give and take.
Kau kurang bahagian ini,kau lebihkan bahagian yang lain/
Effort,semua orang suka dengan orang yang berusaha.
Sebab kita boleh nampak kesungguhan dia.
Macam masa awal awal dulu.
Lelaki selalunya akan berhenti mengorat pasangan once dah declare as a couple. Sebaliknya perempuan masih meneruskan perlumbaan,sentiasa tekun tengok Youtube,mencari tutorial tudung lilit (nak pakai masa dating supaya boyfriend puji "cantiknya awak ni,saya suka sangat". Sentiasa gigih nak Google cara cara untuk memikat pasangan,google tips memujuk bf merajuk, google macam macam. Sentiasa berusaha untuk memasak untuk pasangan walaupun tak berapa pandai.
Perempuan sentiasa sentiasa sentiasa berusaha.
Aku tengok ramai yang begini.

Jangan berhenti,wahai lelaki.
Pernah kamu bayangkan.
Satu hari tiba tiba kamu dikejutkan cinta hati kamu telah pulang bertemu Tuhan.
Apa kamu mampu buat masa tu?
Nak Whatsapp,dah tak ada maknanya.
Nak call? Mungkin mak ayah atau adik beradik dia yang akan jawab telefon.
Nak tengok gambar? Takkan sama perasaan tu.
Berlarilah kamu ke pusara.
Menangislah.

Berdoa.

Balik rumah,kamu akan baring sambil pandang siling. "Dia dah diambil Tuhan". Perhatikan gambar di dalam bingkai,gambar pertama kita ambil. 
Baca semula 18 helai surat cinta yang pernah dikirim.
Baca semula kad kad kecil,mungkin ada 30 keping semuanya.
Diari yang dibeli tapi tidak tertulis.
Nota nota kecil.
Tulisan di atas tisu.
Pashmina kesayangan 3 helai (masih adakah bau perfume itu)
Tali pinggang hadiah hari jadi.
Click tweethandle di Twitter. Perhatikan setiap ayat yang pernah ditulis. Click Favorite,banyak tentang kita.
Tidak lupa Facebook dan Blog.

Kalau kamu tanya kenapa aku buat semua tu? Aku akan jawab,supaya kamu sentiasa ingat aku. Supaya kamu kenang aku selalu. Mungkin bila suatu hari nanti bila aku dah tak ada di dunia,kamu masih punya sesuatu untuk dibaca, masih punya sesuatu untuk dilihat. 

Setiap saat bersama kamu adalah perasaan yang indah. Walaupun ada masa kita berselisih faham,aku selalu harap kamu tenang dan sabar menghadapi aku. 

Kamu cinta hati aku.
Yang sangat aku sayang.
Yang sangat aku harapkan.
Yang boleh melayani setiap pertanyaan dan kerenahku dengan rasa sabar dan penuh kasih sayang.

Aku berhenti menulis di sini.
Dada sudah terasa sesak.
Menahan tangis,

Jaga diri.
Kamu selalu di hati dan fikiranku.






No comments: