Friday, November 1, 2013

Saya nak

Belajar masak
Belajar masak sedap sedap. Setiap kali awak teringin nak makan something dengan selambanya saya boleh terus pakai apron dan memasak untuk awak. Supaya awak tak kelaparan. Supaya perut awak tak wujud six pack. Lol. Supaya awak boleh tersenyum bila makan sama sama dengan saya :)

Belajar menjahit
Saya teringin nak jahitkan baju untuk awak,untuk saya dan family kita nanti :)

Ada rumah sederhana
Tak nak besar sangat. Memudahkan saya mengemas rumah. Paling penting,rumah kecik boleh menyebabkan ruang kita terhad dan saya boleh nampak awak selalu,depan mata saya :)

Ada kereta yang sama warna dengan kereta awak
Boleh jadi geng :)

Rumah ada balkoni dan ada meja kopi di situ
Kita boleh minum kopi sama sama,makan kek sambil bergelak ketawa tengok pemandangan yang cantik :) Awak dan saya.

Ambil gambar banyak banyak dengan awak 
Awak tahu kan saya macam mana :) Dalam handphone awak,lagi banyak gambar saya daripada gambar awak. Hiks. 

I love you so much Joe. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan saya selama ni :)

Saya suka awak! 


No comments: