Tuesday, December 10, 2013

Pengalaman kerja

Kerja dengan abah.
Ini kerja pertama aku secara serius.
September 2013. Abah paksa pergi office.
Dia suruh bersiap.
Mula-mula aku rasa nak mengamuk.
Sebab ini bukan bidang aku. Nak duduk dengan engineers,susah bagi aku. Aku study bidang makanan.
Dua bulan pertama,aku ambil tempat Kak Mas,buat dokumen,type surat,pos surat. Mana ada boss duduk sebelah,bagi tunjuk ajar. Aku banyak bertanya staff dekat office. Stress jugak dibuatnya.

Bulan ketiga,Kak Anith yang kerja bahagian akaun berhenti,Kak Mas pun dah habis berpantang so aku ambik kerja Kak Anis. Lagi payah. Follow up claim,ini kerja utama aku kena belajar buat. Tahu tak susah nak call orang,kita tak kenal orang tu siapa,dalam keadaan aku yang still tak faham pasal proses kerja dekat sini. So aku bukak file claims. Aku kena buat homewok. Aku kaji satu-satu apa kerja yang Kak Anith buat sebelum ni. Lama lama aku jadi berani call orang :) Jadi seronok pulak. Selalunya call Kementerian. KPM,KKLW. Ada jugak call UTHM,UiTM,UKM Kena selalu follow up,supaya ada duit masuk. Bukan senang nak mintak duit walaupun itu hak kita,serius susah. Tapi aku tak give up.

Bila aku dah okay bahagian follow up,aku maju ke depan sikit. Cewahhh. Upgrade image company sikit. Aku handle bahagian buat company profile,business card. Agak susah mulanya. Tapi bab ini aku suka sikit buat. Rasa macam nak berfesyen,kita makeup office :) Seronok.

Then jaga bills office and apa apa payment lain la. contohnya KWSP,Perkeso semua tu. Aku tulis cheque. Mula mula boss suruh tulis cheque,menggigil tangan berpeluh okay. Berapa kali silap tulislah,sila eja. Tapi alhamdulillah,lama lama,okay. Yakin :)

Registration. Nak register apa-apa,biasanya akulah yang buat. Register dengan Perbadanan Perumahan (PR1MA), register dengan Putrajaya Holding,Johor,Tabung Haji,KKM. Leceh sikit bila boss suruh register itu ini tapi aku taat jela,walaupun banyak merungut dalam hati dan tunang aku terpaksa dengar aku membebel. Dah hujung tahun macam ni biasanya busy sikit,nak kena renew registration pulak. Board of Engineers Malaysia (BEM),renew kewangan dan macam macam lagi la.

Dokumen. Sebabkan aku bahagian akaun,aku buat CTK. Cadangan Teknikal Kewangan. Ini paling menyesakkan fikiran bila nak buat. Tempoh masa seminggu je :( Kita nak berlawan dengan consultant yang lain.untuk rebut projek. Ewahhh,rebut. Baru ni buat CTK projek Sekolah Kampong Bahagia and Hospital Taiping. Hopefully dapatlah. 

Seronok tengok abah. Dia seorang yang penuh dengan cita-cita. Target dia,nak buat projek arang batu (coal) tahun 2015. Insyaallah :)

Next year,aku nak target kencang sikit untuk follow up claim so that duit ada banyak dalam akaun,hopefully boss naikkan gaji semua orang. Susah jugak kerja aku ni sebenarnya tapi apa lagi nak dirungutkan? Kerja ada aircond,tak perlu berlari lari bergerak kerah keringat. 

:) I'm happy.


No comments: