Monday, December 23, 2013

Review tentang si dia

Tunang.
Okay,saya sangat selesa dengan awak. Saya suka bila awak sentiasa mendengar saya,bila saya membebel,saya bercerita,saya sedih,awak pendengar yang baik. Awak selalu risaukan saya dekat sini. Kita jauh jauh. Awak selalu call saya,hantar gambar awak :) 
Dah 4 bulan lebih kita bertunang,saya bahagia sangat. Saya tak sangka,akhirnya awak yang jadi pemilik hati saya. Saya tak sangka. Dulu tengok awak masa dekat sekolah,takde feeling apa pun. Lol.

Saya suka cara awak approach saya. Serious :) Sekarang saya rasa happy sangat sebab family saya suka awak and family awak pun nampak okay dengan saya. Lalala. Seronok pergi rumah awak baru ni. Umi awak pun banyak sembang dengan saya. Mama and kakak awak suka sambal tumis sotong kering yang saya masak ye? Hiks. Nanti kalau dah sah jadi family betul-betul,saya boleh masak hari hari tau. 

Rindu pulak nak makan kueytiow sup yang mama awak masak. Nanti mintak aunty masak lagi please. Lol.

Awak sorry tau saya ni selalu sensitif,over sensitive. Selalu menangis. Mesti ada masanya awak runsing dengan saya yang kuat menangis ni kan? Tapi saya bersyukur sangat,awak banyak bersabar dengan saya. Tapiiiii,awak selalu kutuk saya Chepor. Ini ke ejaan dia? Haha. Jahat tau.

Saya rindu awak :) Sangat sangat. Saya tak sabar nak jumpa awak Khamis ni. Ehem. Nanti nak pergi lunch dengan awak! Rindu sangat. Sabtu baru ni,jumpa awak sekejap je since awak pun busy dengan interview kan. 

Awak,nanti next year,mungkin kita boleh discuss sikit pasal wedding kita. Tak banyak,sikit sikit tu okay kot :)

No comments: