Wednesday, January 29, 2014

Bulan kelima buat kita

Semalam awak panggil saya cinta.
Seronok sangat.
Cuma sedih sikit,raya cina ni awak tak balik.
Mesti saya akan rindukan awak.
Awak jaga diri baik baik tau dekat sana.
Saya harap awak kuat.
Awak,saya sayang awak tau.
Dengan awak,semuanya best sangat :)
Seolah-olah,saya tak pernah bercinta dengan orang lain sebelum ni.
Awak faham saya.
Awak tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka.
Awak selalu dengar cerita saya.
Bila saya banyak cakap,awak sabar je dengar.
Tengah hadap jalam jem,saya ambil hp awak dan tangkap gambar selfie banyak banyak.
Record video untuk awak (mengata awak) selalunya.
Selalu merajuk kalau awak tegur saya ada jerawat dan badan nampak berisi sikit.
Kalau saya cakap saya lapar,awak belikan makanan.
Hari tu saya happy sangat awak belikan lipstick untuk saya.
Saya pakai sampai nak habis dah sebab terlalu suka :)
Bila kita bercakap soal masa depan,paling seronok.
Saya rasa tak sabar.
Tapi,awak jangan risau ye.
Saya akan sentiasa tunggu awak.
Takde siapa boleh gantikan tempat awak.
Walaupun kita ada gaduh-gaduh,saya tetap sayangkan awak.
Sebab awak lelaki paling penyabar yang saya pernah jumpa.
Perangai saya ni sangat menguji kesabaran,saya tahu.
Sensitif,degil,kepala angin dan ye,menjengkelkan kadang kadang.
Tapi saya beruntung sebab awak masih boleh terima saya :)

I love you,dear.

No comments: