Tuesday, February 4, 2014

Fikiran di hari Selasa

Alhamdulillah,rasa bahagia ni tak putus :)
Ada family yang happy,ada pekerjaan dan ada kesihatan yang baik.
Ada tunang yang menyayangi.
Ada kawan kawan yang baik.
Pagi tadi masa tengah bersiap nak pergi kerja,terpandang dinding bilik.
Today gaji. Alhamdulillah :)
Nak beli cat nak cat dinding bilik. Dah lama berhasrat,insyaallah Februari ni tercapai :)
Lepas tu nak buat promo bulan Februari. Something Special By Jojo Lee mestilah special kan kan? 
And now tolong adik jual wide shawl dia.
Eh bulan ni,nak pergi kursus kawen :)
Nak kawen dah aku ni rupanya.
Pada yang masih single tu,teruskan usaha ye. Jangan putus asa. Teruskan berdoa. Busy jugak Februari ni.
Abah suruh bukak company sendiri. Insyaallah Something Special By Jojo Lee ni akan dibuka secara rasmi. Hiks. Tak sabarnya. Now kumpul pengalaman dulu,kerja dekat company abah. And and target bulan ni jugak,nak beli handphone. Ada rezeki lebih sikit,okay la :) Tak tahu kenapa rasa happy sangat hari ni. Rasa macam berjaya. Berjaya dalam hidup la maksudnya. aku abaikan apa yang tidak perlu. Buat apa yang menyeronokkan. Tunggu Aunty Effa siap jahit dress,then it's time for me to bersilat. Jahit lace and manik all over the dress. Cewahhhhh :) Tengah bulan pulak nak setelkan lace dekat baju kurung moden customer. Tak menang tangan sebab tangan cuma ada dua. Today bawak bekal pergi office. Rajin kan? Pagi pagi dah memasak. Yang penting,tak lewat ke office :) Alhamdulillah,record punch card masih cantik. Belum ada merah lagi bulan Februari ni. Improvement! :) Eh hari tu abah suruh aku beli kereta. Bulan ini jugak. Kemainnnn,macam la gaji aku 10k. Tak kisah,perlahan-lahan,boleh punya. Nasib dah start buat business sekarang ni,ada duit tambahan jugak. Hidup kena banyak bersyukur,kita jangan dengki dengan orang. Masing-masing ada rezeki masing-masing,kena cari rezeki tu. sit back and relax je memang tak boleh la cerita dia. Aku akan berusaha dengan gigih dan lebih gigih :) Rindunya dekat tunang. Tadi dia call :) Seronoknya bila fikir fikir,dah jadi tunangan orang rupanya. Siapa sangka? Tak ada siapa sangka. Even aku pun tak sangka. Alhamdulillah,hubungan masih baik. Orang kata bertunang banyak dugaan tapi pada aku,takde masalah pun :) Rasa lebih yakin dengan hubungan ni,kepercayaan 100% dan rasa lebih selesa. Tahun 2013 sangat manis bagi aku. Previous relationship banyak mengajar aku sebenarnya. Aku harap,2014 akan jadi tahun,status aku bertukar :) Jadi isteri orang. Wahhhhhhh. Macam mana la agaknya ye? Doakan.

No comments: