Thursday, February 20, 2014

Khamis punya cerita

Siapkan tudung customer. Alhamdulillah :) Finally. Semalam singgah Kamdar sekejap,beli kain. Lawa okay. Kain satin RM11 semeter. Beli dua meter. Dalam kepala,nak jahit skirt. Pencil skirt or skirt kembang? Pencil skirt,kaki sudah gemuk maa :( Can't remember when was the last time aku pakai jeans. Tak muat dah. So now mampu pakai skirt labuh sahaja. Tak apa,lagi sopan rasanya. Dekat Fiza,aku dah hantar dua kain. Nak jahit baju kurung moden (maybe) and maxi dress. So in love with maxi dress. Sabtu ni,nak start jual tudung hitam. Hopefully boleh habiskan jual. Ada duit,nak beli lagi banyak kain,nak ganda ganda ganda lagi jual tudung. Nanti nak buat accesories tudung. Lace headband :) Semalam dah bank in payment,aku buat label nama,nanti boleh jahit dekat tudung. Tapi lambat jugak baru siap. Bulan depan. Okay,sabor jela. Hujung minggu ni,nak mencari kain lagi. Bawak dalam RM200.00,cari kain chiffon lagi,nak beli warna apa pulak,not sure. Masih dalam kotak pemikiran.

No comments: