Monday, March 17, 2014

Lelakiku

Lelakiku.
Sangat penyabar. 
Kalau aku di tempat dia,sedetik pun belum mampu bertahan.

Lelakiku.
Sangat penyayang.
Mengambil berat tentang aku yang degil kepala batu kepala angin dan segala kepala.
Degil. Sangat degil.
Bila dimarah,merajuk.
Menangis,
Mengada.
Selalu nak menang,
Itulah aku.

Kesian tunang aku yang sorang ni,
Aku mintak maaf.
Aku selalu menguji kesabaran dia.
Konsep api harus dibalas air tak aku gunakan,
Dia tengah berapi,aku jadi naga.
Lagi menyembur api kepanasan,

Sejujurnya aku tak pernah jumpa lelaki macam kamu,
Kamu sangat baik,
Kamu tahu garang-garang aku ni,aku manja dengan kamu.
Yang selalu mengada-ngada bila di telefon.
Banyak bercakap,cerita merapu,buat lawak yang tak lawak.
Tapi dengan kamu,setiap masa rasa sangat berharga.

Joe,walaupun aku macam ni.
Kamu takkan mampu nafikan.
Perasaan kamu terhadap aku,
Dan betapa kuatnya perasaan aku ke kamu.

Aku cintakan lelakiku Amirul Johari.
Si manis berbentuk manusia yang bergigi jarang,berjambang dan punyai senyuman paling manis di dunia.
Wangi dan suka membuli aku.
Mana nak dapat manusia macam kamu ni aku pun tak tahu,
Keistimewaan kamu tak dapat aku tuliskan.
I love you so much.

Bila tengok muka kamu,rasa nak melempang lempang muka tu sebab aku apa aku pun tak tahu.
Aku tak suka bila berjauhan.
Cuma dengar suara kamu di hujung talian.
Aku rindu kamu,lelakiku.
Lelakiku yang satu.
Dalam hati aku ada satu sudut khas bersofa dan ada meja kopi,untuk kamu duduk di situ sampai mati.
Biar kamu berlumut di kotak fikiranku kerana terlalu lama di situ.
Biar kamu keras kejung dalam jiwa aku kerana kamu takkan ke mana mana.

Aku cintakan kamu,Amirul.
Bongok kalau kamu tak tahu.
Sebab semua orang dah tahu.

I love you :)

No comments: