Wednesday, February 11, 2015

Langkawi trip

Cintaku! Thanks bawak saya jalan jalan dekat Langkawi ni. Serius sangat gembira. Sebab ada awak kot. Paling seronok dapat makan sedap sedap. Tengok awak makan pun saya dah rasa seronok.

Kawan kawan yang seronok dan havoc. Hehe. Di Pantai Chenang,tunggu sunset. Lawa gilaaa. Rasa nak berpeluk peluk dengan awak masa tengok matahari tu.


Romantis sangat rasanya dapat lentok lentok tepi tasik ni. Tasik Dayang Bunting. Orang kata,kalau nak mengandung,berenang / minum air tasik ni. Hehe. Tak buat pun. Sebab percaya rezeki Allah bagi.


Orang putih relax je berspender berbikini terjun dalam tasik ni. Dalam gila ni. Penjaga dekat situ bagitahu,lebih dari seminit berenang,akan tenggelam sebab tasik terlalu dalam. Okay memang tak nak masuk la cerita dia. Takut aku.

Skycab Langkawi or cable car. Tinggi gila. Nasib la tahap gayat aku ni boleh dikawal lagi. Cuma kesian dekat laki aku ni pasal dia gayat sikit. Takpa hang toksah ghisau ceq ada peluk hang naa? :)

Turun cable car,ambik gambar dekat atas ni. Angin sangat kuat. Nasib aku gemuk. Kalau kurus dah terbang melayang sampai ke bawah dah. Thank you Hero 4,dapat ambik gambar comel comel dekat Langkawi ni.



Happy gila dapat berjalan dengan husband dan kawan kawan. Last datang sini masa darjah 6. Rombongan sekolah. Yayyy. Okay,seluar aku koyak celah kangkang masa mandi dekat pantai. Sedih gila. Mak mertua aku gelak je bila aku cerita.



Thank you husband. I love you.

No comments: