Tuesday, March 31, 2015

Kehidupan selepas berkahwin

Pada yang belum berkahwin,mesti tak sabar nak kawen kan? Setiap hari la stalk gambar pakwe dekat ig,dekat fb,call dan bergayut berjam jam lama sebab rindu. Tak sabar nak kawen,nak duduk dekat dekat,tak nak berpisah semua kan? 

Dah kawen,memang perasaan tu sangat seronok. Kau bukak mata kau nampak dia dekat sebelah. Kau nak tidur pun sama jugaklah,pegang tangan,sembang sembang wish goodnight lepas tu tidur (jangan fikir jauh naa)

Seronok. Kau memberi 100% kepercayaan untuk seorang insan berlawanan jantina dengan kau,untuk hidup bersama sama dalam satu rumah. Macam mana kau boleh dapat keyakinan tu? Sedangkan kau cuma kenal dia tak banyak mana pun. Tahu dia suka makan nasik ayam,kau tahu dia suka minum kopi tak bubuh gula. Kau tahu dia suka tengok bola dan kau tahu dia pernah ada makwe lain sebelum kenal dengan kau. Tu je.


Kau takkan kenal seseorang itu sepenuhnya. Percayalah,alam bercinta memang lebih menunjukkan keindahan dan kesempurnaan. Dan itulah yang buat orang tonggeng terbalik bergayut di telefon 5 jam. Sakan bercinta la katenye. Bersumpah berjanji sehidup semati.

Sampailah kau jadi seorang isteri. Kau nampak baik buruk dia. Yang lebih kau nampak adalah yang buruk sebab baik lelaki mahupun perempuan,alam bercinta adalah alam untuk menyembunyikan tabiat buruk. Terserlah semuanya. Tak dapat disorok. Terkejut beruk la kau masa ni. 


Tapi jangan jadi manusia yang tak adil. Dalam pada kau mengkaji baik buruk dia,kau kena ingat yang dia pun akan nampak baik buruk kau. Dulu kau wangi wangi (sebab jumpa dalam 4,5 jam je,tak sempat nak busuk). Ni bila dah kawen,bangun bangun tidur sure busuk. Haha. Sifat yang kau harus pupuk adalah,terima pasangan seadanya. Janganlah kau keji dia. Sebab dia pun dalam fasa berusaha nak terima kau seadanya.


Sifat tolak ansur,penting sangat. Setiap manusia ada kelebihan & kekurangan. Terimalah perkara itu dengan tenang. Jangan menggelabah okay?


Sejujurnya aku bersyukur sangat aku dipertemukan jodoh dalam usia ni. Aku dah bersedia. Cewahhh. Dan terima kasih pada yang mendoakan tentang zuriat. Gigih berusaha! Haha :D


No comments: