Monday, April 20, 2015

4 bulan

Alhamdulillah. Syukur. 4 bulan dah aku kawen. Haha. Macam macam jadi dalam 4 bulan ni. Perjalanan hidup kau dengan seseorang dalam membina keluarga. Sangat menyeronokkan. Ada benda yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Sedih sebab ada la gaduh gaduh manja. Nasib baik la suami aku ni pandai pujuk dan aku ni bukan jenis yang merajuk lama. Hehe. Rindu pulak dekat suami. Sabtu baru ni pergi Teluk Batik. Yang sebenarnya aku dah tahu aku ni ikut trip cikgu cikgu. Mak aku dan adik adik aku pun ada follow. Kitorang naik kereta asing. Eh eh lupa. Pagi Sabtu tu suami aku ni pergi interview. Nak try nasib kerja dengan Maybank pulak. Aku harap cepatlah dia dapat kerja :) 

Bertolak ke Teluk Batik pukul 3ptg. Sampai sampai,chalet tu memang tak berapa nak lawa la padan dengan harga RM80. Laki aku ni biasalah,muncung sikitlah tengok chalet tu. Aku tergelak dalam hati jela,saje nak ajar laki aku ni chill sikit. Kahkahkah. Toilet dia memang kelakar,chalet buat dari canopy. Ada aircond. So dalam sejam jugak la laki aku ni ambik masa nak adapt dengan environment (dah macam bawak orang putih masuk kampung pulak) Haha. Aku ni jenis chill sikit. Janji ada bumbung ada pintu ada toilet semua,dah cukup. Alhamdulillah lama lama laki aku dapat terima hakikat yang kitorang akan tidur situ :)

Aktiviti malam,bbq and karaoke. Mak aku iye iye suruh menantu dia nyanyi depan cikgu dan family sekalian. Kira kira 40 orang ada la kot malam tu. Laki aku pun nyanyi atas pentas tu. Jatuh cinta pulak bila tengok dia malam tu :) Eh normal la jatuh cinta dengan suami sendiri,tak normal nya kalau jatuh cinta dengan suami orang. Kann.Alhamdulillah suami boleh mix dengan orang orang dekat situ. Hehe.

No comments: