Wednesday, April 8, 2015

Husband and wife thangg

Husband ajak keluar. Then dia tengok aku pegang beg makeup. 

"Meh b mekap"

HAHA. Tak sangka husband aku ni pandai jugak mekap. Siap tengok tutorial makeup lagi. Aku puji la cara dia pakaikan concealer dan foundation dekat muka aku ni. Fokus je mukanya. Geram pulak. Lulz. Kondisi muka tak la berapa okay sangat sekarang. But baru ni dah beli satu kolagen yang ehem ehem famous jugak la dekat pasaran. Skemanya ayat. Insyaallah. Yakin dan teruskan usaha :)


Pagi tadi husband call. Terharu dengan ayat dia. Dia cakap dia rasa bersalah sebab tak hargai effort aku before this. Haha sebagai ratu air mata haruslah bergenang air mata ni. Tak apa,jangan rasa bersalah ye husband :) Isteri buat dengan rela hati.

Kitorang ni selalu berjalan tanpa arah tuju. Selalu naik kereta round round menghabiskan minyak. Hari tu dia drive sampai ke Kampar,pergi Tesco makan sushi. Haha. Suka sangat makan benda alah kepala sotong tu. Sabor jela. Paling best bila karok dalam kereta sambil pegang tangan. Dia suka salah lirik. 

Makan pun seronok. Dapat makan sama sama. Dia cedukkan nasik. Dia ambikkan lauk. Baru ni dia gorengkan telur untuk aku. Hihi. So cute. Aku ingat nanti nak masak something untuk dia,dia balik nanti.

Rindu sangat :(

No comments: