Friday, April 24, 2015

Review Product : Satin Skinz Premium

Okay,sebenarnya aku tak la se flawless yang dibayangkan orang. Bila dah ada macam macam apps,haruslah muka nampak flawless putih ibarat telur rebus kenduri yang dikupas lepas tu makan dengan kicap. Eh?

Aku start ada masalah muka lepas pakai produk Natasha. Haa gigih sangat nak putih. Terpengaruh dengan kawan yang pakai sabun tu. So lepas daripada tu muka jadi tempat tinggal jerawat,nak keluar pun kena pakai foundation. Tak yakin diri jugaklah rasanya.

Start tahun 2014 sampai sekarang,memang banyak produk produk baru yang orang jual untuk rawat kulit muka. Collagen. Yes. Collagen. Manusia mudah terpengaruh macam aku ni haruslah membeli yedak? Start dengan bedak sejuk Tanaka Nora Danish,aku beli krim sapu yang orang kata Adira AF pakai,aku beli Emilay Whitening pills,BVR Collagen, K Colly tapi semuanya tak berkesan. Mungkin berkesan untuk orang lain tapi kulit aku yang maha degil ni tak ngam dengan produk semua ni. Sampailah April 2015,aku try Satin Skinz. Ni hasil pengaruh hashtag dekat instagram la ni. Aku pun beli. Aku puji satin skinz ni sebab dia betul betul tekankan yang aku kena minum air masak dengan sangat banyak (5liter sehari). Haa benda ni yang aku tak buat selama ni! Haha. Aku ni paling pemalas minum air. Kadang kadang tu tak minum air langsung dalam sehari. 

Dan tambah parah,aku ni peminum Nescafe yang berjaya. Tahap addicted jugaklah pasal kalau aku tak minum sehari,aku akan pening yang amat sangat sampai 2,3 hari. Sedih kan? Aku start minum masa umut 5 tahun,tak pernah stop sampai sekarang. Hmm. 

Satin Skinz berjaya buatkan aku kurangkan intake kafein selepas penjual produk tu cakap,kalau ambik kafein,ubat takkan berkesan. Berita paling sadis terpaksa aku telan. Haa,mesti ingat aku dah berhenti kan? Belum. Cuma aku minum separuh cawan sahaja sehari. Aku akan buat macam ni untuk beberapa bulan and akhirnya boleh berhenti terus. 


Dan aku dah consume Satin Skinz ni 17 hari. Happy sebab akhirnya kulit aku dah nampak perubahan. Nok nangis kawe bilo tengok cermin. Haa cakap Kelantan terus. Tak la licin habis,mungkin akan ambik masa jugak kan :) Tapi aku yakin produk ni memang paling sesuai dengan kulit aku yang ada banyak freckles ni. Lol. Parut jerawat makin pudar,kulit badan makin putih,tangan pun makin putih (tangan terbakar sebab drive kereta,tinted tak gelap sangat) dan lubang dekat muka dah tak dalam berlekuk macam sebelum ni. Minum air memang banyak. Sebotol air (1.5l) boleh habis sekejap je dan kerap ke tandas la lepas tu. Tapi orang kata,kita nak capai sesuatu,kena ada pengorbanan. Kan? So kita tunggu la nanti apa hasilnya. Nanti boleh letak testimoni muka dekat sini (malunya!) Haha. Okay panjang dah bebel. Assalamualaikum!

2 comments:

Sara Yasmine said...

Hye awak . Sorry ganggu , btw sy nak share a good news . Sy ada jual Satin Skinz Direct dari HQ taw, 1 botol cuma RM 180 . Free postage . No gst . Orite , produk dijamin halal dan original . Kalau didapati produk adalah tiruan*fake* , cakap kpd sy dan segera wang akan dipulangkan kpd awk . Kalau nak , whatsapp sy , 011-39000949. Just for share thanks admin . Btw, Saya juga pengguna Satin skinz dah 4 kotak ^_^

ainnur farhahsyahirah said...
This comment has been removed by the author.