Tuesday, June 16, 2015

Macam mana nak tahu dia adalah orangnya

Kisah cinta,sehinggalah aku bertemu jodoh aku.

Aku pendekkan cerita,aku kembali single. Tahun 2012. Boleh nyanyikan lagu Tragedi Oktober - Awie dekat aku. It was a very gloomy October. Luckily aku ada kawan baik yang banyak nasihat aku untuk move on. Siap rekemenkan kawan kawan diorang. Adakah aku cuba berkawan dengan mereka? Yeah I did. Kebanyakannya cuma berhubung thru phone sahaja. Sampailah jodoh aku ni,berbalas balas tweet dengan aku. Mintak bb pin and tak terus bbm pun. Chill chill je dulu. Masa tu sumpah tak rasa berjodoh pun. Dan nak tahu bila aku rasa dia ni jodoh aku? Masa dia ajak bertunang. Masa tu,aku tak terfikir ada orang berkenan nak kawen dengan aku. Well,susah kot dengan aku ni. Dah la mengada ngada,seminggu dengan aku pun cukuplah untuk dia menyampah dengan aku. Tapi kau cakap soal jodoh,Allah bukak hati kau,dia bagi kau satu keyakinan yang lelaki tu memang jodoh kau. Hati kau akan rasa tenang,tak resah. The best thing is,buatlah solat istikharah,berdoa mohon Allah bagi petunjuk. Alhamdulillah,akhirnya aku tekahwin dengan suami aku sekarang. Moralnya,kau berkawan lama mana pun dengan seseorang,kalau dia bukan jodoh kau,tetap bukan. Sama kes dengan aku ni,berkawan lama tapi tak berjodoh tapi Allah gantikan dengan orang baru yang alhamdulillah buat aku cukup bahagia. Thank you Allah :)

No comments: