Thursday, June 18, 2015

Pengalaman berbuka puasa & bersahur

Di rumah bersama family

Paling seronok. Mama akan masak lauk special yang mungkin tak jumpa dekat bazar. Lepas tu,pergi bazar. Selalu pergi area Rapat Setia Lama,Taman Chempaka,Pekan Razaki. So beli la apa apa. Kuih memang takkan beli sebab kitorang ni memang tak makan kuih langsung. Memang spesies yang makan nasik aje. Beli air jela kot,tu yang menarik minat. Balik rumah,hidang tempat makan. Fyi,family aku jenis makan bersila atas lantai. Makan ramai ramai memang paling seronok. Rindunya. Minum nescafe tak lupa. Sedapnya nescafe mama. Aku makan bersahur pun tambah nasik apa cerita? Haha. Mana nak kurus camni.




Di rumah mentua

Tahun pertama bersahur di rumah mentua. Okaylah,bersahur dengan mama,umi,kakak and husband. Seronok jugak. Aku bancuh nescafe sendiri. Cuma aku ingat nak beli ayam. Senang goreng ayam je time bersahur yedak. Sebulan ni makan ayam goreng pun takde hal. Janji ada cili potong sikit. Lulz. Berbuka? Petang karang baru tahu camne :)



Dulu dulu di UiTM

Pengalaman paling sedih masa dekat Penang. UiTM Penang. Berbuka dalam bilik je dengan kawan kawan. Paling rindu nak makan ramai ramai dengan family. Duduk dekat Penang,itulah kali pertama aku jauh dari family. Berbuka di UiTM Shah Alam okay jugaklah pasal duduk serumah dengan kakak. Kadang kadang keluar berbuka with friends. Rindu semua tu :)

No comments: