Thursday, July 2, 2015

Contact Lense : Antara cantik dan sakit

Sejujurnya pengalaman aku pakai contact lense,tak lama sangat. Ada la dalam 8 tahun. Haha. Lama kan? Mula pakai after habis SPM,masuk Diploma di UiTM Penang. Biasalah zaman dah pandai bergaya,bff pakai kita pun nak pakai. Selama 8 tahun pakai contact lense ni,rasanya ada lebih 15 kali kena eye infection. Aku tahu kenapa. Antara punca-punca eye infection :


1. Tak cuci contact lense dengan betul.
2. Tangan kotor,gosok mata / pegang lense.
3. Tidur pakai contact lense (selalu aku buat)
4. Pakai contact lense lebih dari 8 jam.
5. Masih pakai walaupun  dah tama tempoh (1 bulan / 3 bulan )
6. Contact lense kurang berkualiti (terlalu murah)
7. Terkena asap / air mata (pun selalu kena jugak)
8. Dan sebagainya



Aku selalu bawak tidur. Jadi makin lama aku perasan,mata selalu timbul urat merah,dekat sekeliling anak mata selalu ada gelung warna coklat macam ni :





Ngeri kan? Sangat ngeri.


Tapi tak boleh tak pakai. Sebab contact lense aku ada power (175 for both sides) dan memang kelabu dunia la bila tak pakai contact lense. Jadinya terpaksa pakai.








Tapi sampai satu tahap,aku jadi risau, Aku tak nak buta :(


Aku pun buat spek mata. Sebelum ni memang tak minat nak pakai spek sebab aku akan pening kepala bila tangkai spek tu tekan belakang telinga tapi sekarang aku pakai luar anak tudung. Okay je rasanya. cuma rasa kelakar sikit. Spek ni aku buat untuk silau sekali.Silau aku tinggi. Okay la tu. Now aku dah boleh drive memalam tanpa perlu kerut kerut dahi dah :) Thank you husband belikan spek mata. Sayang awak sangat sangat.

2 comments:

Cik Suheela said...

saya pun silau tinggi..huhu risau..

Jojo Lee is a cat said...

Apa apa pun better buat spek. Pakai contact lense,memang tak dapat cover silau. huhu.