Thursday, July 23, 2015

Raya 2015

First raya as a wife and first raya di rumah mak mentua. The feeling? For sure rindukan mama and adik beradik,suasana bakar lemang,buat dodol,gelak ketawa with cousins and so on. But berya awith husband pn seronok jugak. Cuma malam raya tu la gaduh gaduh manja with husband. Haha. Okay,tahun ni sedondon with husband pakai warna lilac purple. First time la kot aku ada baju warna cenggitu. Aku tak minat purple sangat actually. Hehe. Baju beli dekat Seksyen 7 Shah Alam,pergi sana with husband and stay dekat De Palma Hotel. Pergi Jalan TAR malam tu ramai siot. Berkenan satu baju ni. Lawa gila dekat kedai apa entah. Harga gugur bulu hidung,RM1k. Mahal gilaaaaa. Baju nikah aku pun RM450 je okay. Tak apa lah,tak beli. Tunggu nanti jadi Datin Khadijah baru beli. 


Pagi raya bersalaman dengan husband. For sure la banyak buat salah dengan dia (dia pun banyak buat salah dengan aku haha) Masa mintak maaf,bergenang air mata aku. Yela aku ni kan kuat nangis. Ramai orang datang. Adik aku di kampung buat video call. Haha tahan air mata jela,mama pun ada dalam video. Sedih. Laki aku dah panas panas pakai baju melayu. Hek eleh sangat dia ni. Dah la setahun sekali je nak tengok dia berbaju melayu alih alih pakai 2 jam aje. Aku cakap sabar kejap okayyy. Selfie selfie sikit. Baru la bukti loving couple sebab pakai sedondon. Lol. Then husband tukar baju melayu nikah hari tu. Ahhh kacaknya la laki aku ni. Rasa macam nak gigit lengan dia. 

Petang raya pergi kedai Vape. Haha.

Mak mertua masak rendang,chee cheong fun. Kemain jadi cina di pagi raya. Ada lemang,rendang,kuih tunjuk. Aku? Tak masak. Raya kedua baru aku masak. My signature la ni. Kuah lontong and sambal tumis sotong kering. Pukul 5am aku bangun,siang sotong keringg. Sanggup la. Pasal aku pun suka makan. Masak lontong sebenarnya aku tak pandai. Benda bersantan kan. Mak mertua aku pulak kejap kejap lalu belakang aku. Rasa macam nak pura pura pengsan supaya tak payah masak. Aku tak yakin buat sorang. Yela sebelum ni mama aku yang guide bila nak masuk itu ini. Wei tak sangka aku masak sedap. Hahaha. Laku okay kuah lontong and sotong kering tu. Alhamdulillah. Aku berzikir selawar apa semua doa keluar masa masak tu. Risau tak jadi. Yela nak hidang dekat orang ramai kan.

Lupa nak bagitahu,sehari sebelum raya aku and husband ke Ipoh Parade,beli kasut. Aku pakai wedges,selesa and sedar diri yang aku dah tak boleh pakai heels. Lepas accident tu lutut barai sikit. Hmm. Sedih kan. Eh thanks husband belanja kasut raya :)


Upload gambar raya,orang tanya preggy ke? Jeng jeng jeng. Rahsia! Haha.


Raya ketiga,Subuh. Kemas kemas barang nak balik Pahang. Kiranya tu kali kedua husband balik Pahang. Before this balik Pahang sebab sepupu aku tunang. Risau jugak aku kali ni. Pengalaman pertama dia balik kampung,agak dahsyat la. Badmood pasal dia tak boleh tidur. Haha. Geram betei aku. Alhamdulillah balik kali ni,dia okay. Sampai Pahang petang pukul 3pm macam tu lepas tu aku,dia,Mayam and Acum jalan jalan ke Temerloh and balik tu kitorang terjumpa tempat cantik dekat Paya Taram. Cantikkkkk!! Ambik gambar sikittt. 





Malam,beli tiket wayang,tengok cerita Ant Man dengan husband, siblings and cousins. 11 orang jugaklah masa tu. Cerita best tapi aku ni memang problem bila tengok midnight movie. Memang kejap kejap terlelap. Walaupun cerita tu kelakar. Haha.

Balik,singgah mamak makan. Tengok tengok jam dah pukul 3.30pagi. Pheww. Lewat gila.Balik,tidur.


Esoknya wan masak gulai tempoyak ikan patin,ikab bakar marinate dengan tempoyak. Laki aku ni makan banyak gila sampai aku cakap,eh awak tinggal sini la banyak sangat makan ni. Tambah nasik. Dekat RM100 jugak beli ikan patin hari tu. Sedapnya. Dapat pulak makan dengan sambal belacan Ya Rabbi nikmatnya! Alhamdulillah rezeki. Elok berat turun 4kg masa puasa,now dah naik berapa entah. Happy tengok husband happy di kampung. Dia main X Box with cousins. Okay la tu dah boleh blend in. Macam aku,aku ni dah terbiasa beramai ramai. Husband aku kurang sikit. 

So hari ni dah masuk office semula. Sedih :( Nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

No comments: