Monday, September 21, 2015

Jalan jalan dengan suami

Hari Jumaat habis kerja pukul 5.30 pm. Malam tu ajak mama kita makan dekat luar. Kesian mama lama tak makan dekat luar. Bawak pergi Tambun. Okay habis kerja pukul 5.30pm,mandi mandi apa semua tertidur dari pukul 8.30pm - 9.45 pm. Sebabnya semalam tu sibuk menjahit. Wuwuwuwu. Okay takpe. Keluar makan dengan mama dekat Johan Western. Seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Hantar mama balik,husband bawak jalan jalan pergi Kinta Riverfront. Kawan kawan dia dah nak tutup kedai dah pun. Lepas tu tak boleh blah betul kitorang pergi Taman Herba. Haha malas ceritalah.


Lewat balik. Terus tidur. Esoknya bangun mandi kemas beg siap siap ke KL. Yayyyy. Dah macam rumah kedua yedak. Husband bawak kereta dia. Lama perjalanan tapi raa sekejap je sebab seronok ada kesayangan dekat sebelah. Rutin jalan jauh,karok dalam kereta. Hihi. Pasang lagu dekat iphone then nyanyi dua orang. Tak sedar dah sampai KL. Terus pergi makan sebab lapar. Tiba tiba husband bawak ke Pavi ,ingatkan dia ada nak beli barang ke apa rupanya dia teringat wife teringin makan Teppanyaki. Hikhik. Ni yang sayang lebih ni. Makan la habis habis sebab dah lama teringin. Craving satisfied! Thank you beloved husband. Dah kenyang,terus shoot pergi rumah Amin. Husband setelkan kerja and aku stay dalam kereta je,tak naik pun kondo kawan dia. Ada cats comel,terus aku bukak tingkap tabut tabur makanan acah acah di kampung halaman tetiba pak guard lalu terus aku tutup tingkap (padahal keropok ikan dah berterabur atas lantai)


Ambik barang terus shoot ke Chow Kit. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila aku duduk dalam kereta tunggu husband setel sampai lenguh kaki kaki ni. Hmm. Takpe,faham kerja suami :) Lepas tu pergi ke One Utama. 





Makan dekat Absolute Thai,sangat sedap. Makan dengan Amin,Pipa,Amal,gf and adik Amin lagi dua orang. Best jugak tengok husband aku ni kerja camni mula la aku fikir nak berhenti kerja. Lol. Boleh aku fokus dengan business veil. Alhamdulillah tak pernah putus rezeki Allah bagi. Malam tu husband tak larat dah nak drive balik Ipoh,cari hotel. Sempat merajuk dengan husband. Kahkahkah. Biasalah aku memang kuat merajuk annoying tahap dewa kan.


Pagi tu,tak pagi sangat siap siap and terus cari tempat makan. Husband bawak makan dekat gerai makcik makcik depan UTM Jalan Semarak. Sedap lauknya. Beberapa kali dah pergi tapi kali ni nasib tak baik,tengah makan tetiba tikus lalu atas bumbung. What the hell la dah la aku ambik daging. Mula la aku renung daging yang aku makan. Hmm. Nescafe ais pulak terlebih susu,memang nak muntah la bila minum. Kenyang terlebih. Makan laju laju terus ke Hospital Klang melawat mami.  


Kesian mami, Wayar berselirat. Harap Allah sembuhkan mami dan bagi mami kesihatan yang baik. Kesian cucu cucu dia ramai kecik kecik lagi. Mami pun baik orangnya. Happy go lucky. Harap Allah panjangkan usia mami walaupun doktor cakap 50-50 harapan untuk mami. Bawak Kak Tia pergi makan. Kurus Kak Tia jaga mami. Kalau mak aku sakit pun mesti aku berduka lara je.

Lepas makan,drop Kak Tia and kitorang terus gerak ke Setia City Mall. Again,ingatkan husband nak beli barang apa. Hihi. Thank you husband belanja makeup :) Tambah koleksi lipstick kita. Love youuu. Semoga Allah murahkan rezeki suami kita. Sayang awakkk!








No comments: