Tuesday, November 24, 2015

Business online

Permulaan dalam business online :
Alhamdulillah. Dah 2 tahun aku buat business. Walaupun Isnin - Jumaat aku kerja office hour,aku sendiri rasa yang aku kena buat sesuatu untuk tambah duit. Aku pun tak ajar diri aku untuk meminta - minta. Walaupun dah kawen,aku still lagi ajar diri aku untuk tak meminta minta. Suami bagi duit belanja,aku simpan or kadang kadang shopping jugaklah (perempuan kot). Hehe. Tapi moralnya,kau kena berusaha untuk majukan diri kau dan jangan asyik mengeluh takde duit takde duit. Rezeki tak datang bergolek babe. Kau mintak bantuan tok bomoh pun tak dapat. Kau kena kerah otak dan keringat atau salah satu. Macam aku,aku buat dua dua. Kerah otak dan kerah keringat. Semuanya bermula sebelum aku bertunang pada 17 Ogos 2013. Aku jahit manik pada baju tunang aku. Just nak cantikkan lagi. Aku pun insta. Mungkin Allah dah tulis,rezeki aku ada dalam berniaga. Customer yang pertama adalah adik beradik Fara dan Syiro. Diorang ni aku kenal zaman Myspace zaman edit mengedit gambar guna Paint dan Photoshop. Diorang mintak tolong aku jahitkan lace & manik untuk baju kawen diorang,sekali dengan veil. Aku mulanya macam,eh baju kawen orang ni,boleh ke aku buat? Kawan dua orang ni duk tolonglah tolonglah haha jadi aku pun sahut cabaran tu. Masing masing sekarang dah ada anak sorang satu dah. Masih tak percaya itulah permulaan aku. Tapi sebelum tu aku ada jual tudung,sales okaylah tapi tak gempak sangat. Yela sekarang ni kalau tengok dekat ig & fb aku rasa dah ada 15k penjual tudung. Ramaiiii. Belum kira yang memang ada fizikal store sendiri. So aku stop jual tudung. Alhamdulillah customer tak putus putus tempah dengan aku. Dari jahit beading baju,aku start buat veil. Jadi berkecimpung dengan benda benda cantik ni,kau pun rasa happy. Sebab tengok benda cantik kan. aku buat pun enjoy je rasanya. Mungkin sebab aku minat & memang nak duit. HAHAHA.


Perbezaan :
Perbezaan aku dengan tukang jahit yang lain? Aku ada jugak tengok hasil kerja tukang jahit lain di ig dan fb. Di sini bezanya. DESIGN. Yes design. Kalau kau bagi baju + lace+manik pada 5 orang tukang jahit,setiap orang mesti akan hasilkan lain lain DESIGN. Ada yang akan jahit lace di dada,ada yang jahit lace di lutut * ada yang jahit lace di belakang baju. Jadi kreativiti tu yang membezakan. Takkan sama melainkan kau ni jenis cedoi yang memang screenshot gambar dan tiru tukang jahit lain punya hasil. Mengambil inspirasi & meniru adalah dua perbuatan yang berbeza okay hakak semua. 


Tempoh masa menjahit :
Masa yang aku ambik tak la lama sangat sebenarnya. Ada tukang jahit MEWAJIBKAN customer hantar baju selewat lewatnya dua bulan before majlis. Aku? Seminggu sebelum majlis pun aku accept lagi (lokasi dalam Ipoh jugak) . Aku sanggup bersengkang mata dan aku tahu akan dapat balasan setimpal dengan hasil usaha aku. Babe,aku berusaha okay untuk dapat duit. Aku hormat cara orang lain berniaga tapi cara aku,macam gini la :)


Persaingan :
Persaingan memang hebat jugak sebab di ig,RAMAI sebenarnya yang jual veil & buat beading baju ni. Tapi aku sentiasa percaya Allah akan kurniakan rezeki buat mereka yang kerja kuat,usaha dan sentiasa doa pada Dia. Aku happy jugak tengok seller lain yang murah rezeki,follower sampai 10k and above semua. Yela anak anak melayu Islam kita kebanyakannya. Hehe. Jadi aku sentiasa positif dan tak pernah la terdetik nak burukkan seller lain. Bersaing secara sihat yedak?

Customer :
Setakat ni customer paling jauh is from Sabah. Johor,Melaka,KL,Ipoh,Penang pun ada. Hehe. Jumpa dalam ig jadi the power of hashtag tak boileh disangkal okay. Happy la bila orang suka dengan hasil kerja kita. Serious happy sangat sampai rasa nak telan manik manik semua. Ragam customer macam macam. Ada tu yang tanya soalan soalan tak logik,request yang kemain,whatsapp everyday tanya progress,forward 1000 gambar sebagai contoh sampai kita pening. Macam macam. Haha. Tapi adatlah cabaran dalam berniaga. Bila berurusniaga dengan benda custom made ni,memang macam ni la. Semua orang nak hasil yang cantik. Betul tak?


Pesanan :
Untuk sesiapa yang terbaca apa aku tulis ni,aku cuma berkongsi pengalaman sahaja. Pengalaman pun baru dua tahun aje. Tak hebat lagi. Hehe. Cuma nak pesan,kalau nak mula business tu,sebolehnya jangan gopoh,ambik masa untuk fikir business yang sesuai. Kena tahu kemampuan diri. Modal berapa & sejauh mana kita boleh bergiat dalam bidang ni. Yes banyak nak fikir. Jangan tengok orang jual tudung kita pun nak jual tudung sudahnya takde orang beli. Material tudung kena tahu (yang tak jarang / tak panas / selesa / senang bentuk) banyak kau kena kaji. Belum lagi hal harga jual berapa,harga kos kena kawal lepas tu target market siapa. Cara kau marketkan produk pun kena bagus. Jari kena kencang la menaip untuk letak di fb & ig. Sampai famous kau punya produk tu. Lepas tu kesabaran kena tinggi. Tak semestinya hari ni berniaga terus ada orang beli. Mungkin minggu depan orang beli,mungkin tahun depan baru orang beli. Semua bergantung dengan usaha kau. Strategi kena betul. Jangan sekali je kau iklankan lepas tu kau duduk diam. Macam penjual tudung online,sesekali kau buat promo beli satu percuma satu tak pun keluar dari kepompong selesa,kau pergi join event event. Dari satu orang akan kenal kau,kenal produk kau. Kalau jual tudung,hire model comel comel sikit. Orang akan terpengaruh dan beli percayalah cakap aku ni sebab aku pun sama. Haha. Model pakai lawa,terus aku beli. Strategi diaaaaa. If tak ada duit hire model,kau snap jela gambar tudung tu kau gulungkan lepas tu letak la props apa sikit. Zaman ni ramai dah tukang tangkap gambar yang hebat. Guna Iphone je pun tapi hasilnya lawa gila. Aku? Masih setia guna handphone Samsung yang laki aku bagi ni. Hehe. Jadi,nak berniaga boleh tapi hati kena kental dan yang paling penting,kau cari keredhaan Allah dalam setiap pekerjaan kau. Berdoa pada Dia,solat Dhuha sebagai pembuka rezeki dan sesekali kau bagi diskaun & derma tudung pada golongan yang susah. Berkat babe. Lagi satu tak lupa,kalau boleh kau jual la benda benda yang baik. Kalau jual baju seeloknya jual la baju yang menutup aurat. Hehe.


Assalamualaikum.


No comments: