Thursday, November 12, 2015

Passport punya hal

Selasa 3/11/2015

12:00 malam
 
Aku and husband tengah berbaring baring dekat sofa tengok tv. Tetiba ternampak dia usha usha ticket flight Air Asia. Then dia cakap,kita mungkin jadi kot pergi Bandung. I was like. Serious ke? Dia cakap takpe dia nak pergi kedai kejap discuss dengan Blurp (kawan yang nak kawen dekat andung tu). aku pun okay jela. Aku tidur.

3:00 pagi

"Sayang,bangunnnn. Kita jadi tau pergi Bandung." Haa memang terkejut. Badmoood sikit pasal husband kejut. Kemon la pukul 3 pagi kot bro. Okay aku terus tak boleh tidur. Dia pun sama. Sebab aku fikir aku ni takde passport. Hmm. Permohonan borang asal warganegara pun aku tak ambik lagi. Adehh. stress kejap. And then husband cakap,jom la kita kemas barang. So pukul 4 pagi macam tu,kitorang berdua mengemas beg. Bawak apa yang ada. Bawak iron apa semua. Dia satu bag dan aku satu bag, Okay. 

6.00 pagi

Mengantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Setel mandi apa semua,pukul 8.00 pagi aku call JPN Putrajaya. Tak berjawab. Aduhh. Aku nak tanya borang W warganegara aku dah siap ke belum. So aku memang 50-50 je la pasal nak pergi Bandung ni. Risau jugak. Then Puan Zakiah tu angkat. Alhamdulillah. Tetiba dia cakap saya kena check dulu borang awak kami dah terima atau belum. Okay rasa nak bertekak sikitlah. "Puan sendiri cakap hari tu borang saya dah siap & saya dah boleh ambik?". Then dia cakap oh yeke eh sekejap ye saya semak semula. Haa,borang awak dah ada. Dah boleh datang. LEGA. Terima kasih Puan. Hihi. Dengan mata yang rabak dan kitorang berdua mood kelaut sebab penat,gagahkan diri jugak la husband bawak kereta ke Putrajaya. Masa baru masuk higway,dekat area Gopeng,dekat jalan bertentangan ada lori minyak bocor. Masa kitorang lalu,baru berlaku and bomba tengah sembur air. Perghh. Okay takpelah ingatkan tak serius. Rupa rupanya,jalan dua belah ditutup. Huhu. Agak kesian dekat Yus,Myna & Lisya sebab terlepas flight. Semua sebab stuck dalam jem. Diorang kena beli tiket flight baru (dalam RM700 jugaklah). Husband bawak laju.

12.00 tgh hari

Alhamdulillah sampai ke JPN & ambik borang tu. Lega. Then terus ke Imigresen Putrajaya nak buat passport. Mak aihhh. Ada la dalam 500 orang tengah tunggu turn. Hmm. Tanya pegawai tu,mana imigresen lain yang terdekat? Kajang. Okay shoot terus ke Kajang.

2.00 ptg

Dekat sini pun nak buat rusuhan jugaklah. Pegawai kata dokumen tak cukup untuk buat passport. Waddehel. Dia mintak passport mak aku time kitorang balik Malaysia. Aku cakap mana ada dah. Dah hilang. Then dia cakap mak kena angkat sumpah. Aku cakap mak dekat Ipoh and kitorang esok nak ke Bandung. Then dia boleh tanya pulak,kenapa last minute sangat buat passport. Ewah ewah. Takpe boleh sabar lagi. Then aku tanya,apa yang saya boleh buat supaya passport setel hari ni jugak? Then dia cakap awak sendiri boleh angkat sumpah,jadi wakil mak. Haa boleh je pun. Adoi. Laju laju aku pergi setel akuan sumpah then alhamdulillah. Allah mudahkan urusan. Dapat dah passport! Rasa nak berjoget lambak depan kaunter. Eh takdelah. Ucap syukur jela. Hehe. Yayyyy! 


 Inilah benda alah yang paling pening nak setel!






No comments: