Thursday, November 12, 2015

TRIP TO BANDUNG

Alhamdulillah dapat jugak jejak kaki ke Bandung. Itu pun sebab memenuhi jemputan kenduri kawen Syafiq aka Blurp and Willa aka Julie. Merasa jugak tengok tempat orang. Bertolak dari KLIA 2,naik Lion Air gaisss.


Cuak jugak sebab first time. Haha. Second time actually. Forst time naik masa umur 4 bulan,balik dari Australia.

Sampai di Soekarno-Hatta Airport (Jakarta) kena naik van pulak ke Bandung. Tak lama pun. 3 jam lebih je. Hahaha. Leper ponggong sebab lama sangat duduk. Okay takpe. Level jem (macet) memang tahap dewa. Jem teruk gila. Jalan highway 4 lane pun tak bergerak sangat since lori banyak gila. So i iz redha. I tidur aje.Akhirnya sampaiiii.Alhamdulillah. Eh lupa nak check ponggong tengok leper ke tak. Haha. Okay,turun dari van X-Trans (share gambar sikit)

Aircond tak berapa rasa so berpeluh tak hengat :( Hmm. Pulaknya Kak Jah ni pakai baju sweater tebal acah acah dalam flight nanti risau sejuk terketor ketor. Kahkahkah. Dah la dalam sweater ada baju lagi. Hmm. Tanya husband boleh tak nak bukak baju sweater? Baru lega. Baru boleh tidur. Hehe. So kitorang turun dekat X Trans Terminal Bandung. 500 meter dari hotel kitorang. diulangi,500 meter. Husband beli simcard Indon and terus call kawan dia. KAMI HARUS BERJALAN KAKI SEJAUH 500METER UNTUK KE HOTEL. Ya aduhh ya ampun jugaklah. Tarik beg,menapak 500m. Kurus terus Kak Jah. Kitorang check in di Cihampelas Hotel. Hotel biasa saje. It's okay janji ada katil ada toilet sudah. Nasib baik dapat tingkat bawah. Kawan kawan semua tingkat atas. Hehe.Cihampelas Hotel 1. Masuk bilik terus berbaring baring. 

Banyak tempat kitorang pergi dalam 5 hari ni. Oh siapa kitorang tu ye? Me & Husband tersayang,Yus Myna & Lisya,Fuadi & Illa,Cam,Adri,Amin,Pipa,Farid & Family Blurp. So ramai jugaklah kitorang ni. Tempat yang kitorang pergi :

Paris Van Java (PVJ)
Tangkuban Parahu
Gubug Makan Mang Engking Lembang (Makan best tapi dengan kepala ayam dia goreng sekali)
Toko Tiga
Polo Outlet
Dago
Warong Sate Sidareja Pak Gino (Makan nasik dengan sate)
Summit Boutique Outlet
Passion Factory Outlet
Chiwalk
Saung Koko (makan)
Pasar Baru (2 kali pergi sebab nak shopping)
Rumah Mode Bandung Factory Outlet (shopping)
Truno Grooming Room (barber)

dan banyak lagi

Share gambar sikit


 Dapat merasa makan seafood dekat sini. Kalau tak memang payah nak jumpa. Cuma itulah. Tang kepala ayam yang tak boleh blah tu. Aku ni dah memang boleh histeria dengan kepala ayam. Huwaaaa. Ayam goreng,ikan talapia kot ada dua jenis masakan,sayur kangkung,ulam lulam,sambal yang memang pedas meleleh air hidung,udang,sotong. Sedap! Harga pun,boleh tahan. HAHAHA.

 Hari kelima,pergi semula ke pasar baru pasal diorang nak shopping lagi. Memborong betul diorang. Haha. aku duduk sini pasal tak boleh duduk dekat dengan kedai yang diorang pergi pasal ada pulak gerai jual ayam basah,dekat situ dia basuh ayam. kuat pulak baunya. Hmm.


 Truno Grooming Room. Kitorang mandi hujan time ni. Dua hari hujan time dekat Bandung. So dah basah sangat,singgah sini. And Amin potong rambut. Sementara tunggu hujan reda :)

 Acah acah gossip girls dengan Myna. Thanks Illa tangkapkan gambar!


 Tangkuban Parahu. Kak Jah tak tahan bau sulfur jadi pakai topeng.


 Polo Outlet. Tak beli apa pun,cuma sibuk main dengan kucing comel dalam kedai ni :)


 Haa lelaki ni yang paaling aku minat sekali tapi kadang kadang geram rasa nak tarik rambut dia. My room mate. Dia demam dekat sana. Nasib baik bawak cool fever dan panadol. Hehe.


 Cowok cewek dari Malaysia. Dah setel majlis akad nikah Blurp & Julie. So sweet. Kak Jah nangis okay time mak Blurp peluk Blurp. Teringat time akad nikah sendiri. Hihi


 Ini dekat Toko Tiga. Seluar jeans banyak dekat sini and harga pun murah tapi tak beli sebab err sebab kaki size gajah. Hmm.


 Tangkuban Parahu


 Sejuk so peluk peluk ciked.


 Tunggu Toko Tiga bukak so jenjalan sikit. Ni antara sebab tak boleh pakai spek,pipi sangkut!


 Ehem ehem. Paris Van Java


 Favourite! Bagi ikan makan. Excited betul dengan ikan ikan ni.


 Trans Studio Bandung


 Selamat Pengantin Baru Blurp & Julie


 Kawan kawan semua





 Makanan & jajan Bandung. Sirap bandung takde pulak.



 Rumah Mode! Sini best shopping sebab macam macam brand ada.




 Bantal peluk Khadijah


 Myna,Illa,kita & Pipa


 Blurp dah kawen!



 Hantaran banyak gilaaa. 20 lebih agaknya.




Sekian!
 


No comments: