Thursday, January 28, 2016

Lexis Suite Penang

TRIP TO PENANG
 (Lexis Suite Penang)

Alhamdulillah,berkesempatan berjalan jalan cuti 3 hari. Pergi masa cuti Thaipusa & paling best pergi masa harga tengah promo. To be honest masa masuk bilik,semua ternganga sebab bilik luas gila. Ada bath tub yang menghadap laut,ada bilik sauna,ada pool. Toilet ada dua (jamban and bath tub asing). Best sangat! Tak tutup sliding door,angin dari laut masuk laju dan rambut terbang terbang :D

 
Kerusi favourite. Belakang tu bilik sauna. Aku duduk 5 minit jela paling lama pun. Sebab tak boleh bernafas. Huhu. 
 
 Bath rob yang aku pakai sampai bawak tidur. Kahkahkah. Orang utara kata cewi. Memang cewi la cerita dia. Tak biasa jumpak.

 Menghadap laut,tengok view laut and nelayan keluar tangkap ikan :)

 Pool dalam bilik
 
 Katil mama dan kakak
 
 View dari depan pintu
 
 Lobi hotel. Sampai sampai terus bagi air and tuala sejuk untuk lap peluh. Eyceh :P
 
 Chandelier dia cantik :)
 
 Pool :)
 
 Lobi lagi
 
Dalam kereta dengan umi,Kak Yaya,mama and beloved husband :) 
 
 Before mandi,selpiaq seketoiaq.Kawasan sekeliling rumah rumah penduduk Teluk Kumbar. Bilik hotel tingkat 10.
 
 Both katil untuk 5 orang :)

 View dari sliding door 
 
 Dah ready nak terjun!Boleh muat 4-5 orang time mandi. Tak dalam sangat,paras dada aku je (tinggi aku 160cm) and kalau budak kecik nak mandi,kena ada pengawasan orang dewasa. Risau lemas pulak nanti. Pelampung ada satu.

 Dari bilik ternampak jeti Teluk Kumbar,ajak suami pergi. Thank you sebab ambik gambar! 
 
 Cantik tempat ni,view sunset lagi. Pengantin nak ambik gambar dekat sini pun okay. Ada bau bau laut sikit la tapi.

 Dah penat swimming mestilah lapar kan. Malam tu pergi makan di area Teluk Tempoyak (D'Seafood Paradise). Sedap jugak berbanding tempat ikan bakar lain yang kitorang pernah try sebelum ni. Ikan siakap tiga rasa,kailan ikan masin,kerang bakar,sotong goreng tepung,ketam lembut goreng & kari ikan sembilang. Tapi sedihnya masa ni aku gastrik pulak so lepas makan tu memang senak perut teruk. Sobs sobs.

 Dengan kakak ipar,kak Yaya :)
 
Beautiful view :)

 

Selfie before terjun pool dengan husband and sister in law. Mak mertua tak nak masuk. Haha. 

So konklusinya trip ke Penang ni sangat best,kitorang paling suka dengan hotel ni. If ada rezeki duit lebih,nak datang sini lagi in sha Allah :)

No comments: