Thursday, April 7, 2016

Fussy Customer

2016. Alhamdulillah dah capai tahun ketiga dalam online business. Makin lama,makin besar cabaran dia. Haha. Customer makin fussy. Lol. Eh lupa nak bagitahu,iolls dah buat veil sewa sekarang. Jimat masa sikit. Okay takpe,kembali kepada fussy customer tadi. Dugaan dan kesabaran memang teruji bhai. HArga nak murah tapi design nak gempak. Tak pun yang jenis dalam sehari 10 kali nak whatsapp kita tanya progress. Let me tell you. customer bukan sorang. kay get it? Dah kalau majlis awak lambat lagi for sure la akak ni akan buatkan untuk siapa yang kawen dulu. Kejap kejap whatsapp tanya progress camne progress camne. Dik,veil semua custom made,ingat senang ye. First,akak nak mencari kain. Kedai kain bukan sebelah rumah akak. Dan tak semestinya pergi satu kedai terus jumpa warna yang awak request. Okay mohon memahami. Kang warna tak sama awak jugakmengamuk yedak. Sampai 4 kedai kadang kadang tu baru dapat warna awak. Tapi awak mana tahu benda ni. Awak tak boleh sabar walau sikit. Hmm. Sedih akak tau. Akak bukannya dah level butik tauke besar besar yang stock kain memang dah standby dalam bilik stor. Sorang order,akak ke kedai,sorang lagi order,akak ke kedai lagi. Memang ambik masa,dik. tolonglah mengerti. Dan itu baru kain. Lace pulak. Kadang kadang tu minggu lepas akak tgk ada segulung lagi di kedai,minggu ni akak pergi kedai,dah habis licin semua. Terpaksa cari tempat lain atau akak kena order online (pilihan terakhir la ni). Tapi awak masih tak sabar,whatsapp akak lagi tanya progress. Akak pun ada kerja lain jugak nak buat dik. Tapi mengenangkan akak memang cari rezeki dalam bidang ni,akak sabar jela. 


Belajarlah bersabar,penjahit macam akak ni bukannya robot dan bukannya 24 jam fokus dengan awak je. Banyak lagi order dari customer lain akak nak fikir. Plus dengan handphone rosak jadi tergendala semua benda. Akak kadang kadang termenung menghadap hp fikir apa nak balas dengan awak. Akak pun ada perasaan dik. Dan di pihak akak,mmg akak nak berikan yg terbaik buat semua. Hmm. Sedih.

No comments: