Monday, April 25, 2016

Jom sihat sama sama

Hujung minggu ni rasa macam best walaupun takdelah ke mana sangat. Best sebab dimanjakan suami kot. Haha. Dan aku pun melayan dia,kitorang buat masker session. Muka laki aku dah jadi Nutella dah pasal asyik berjemur. Yela,bila ada Cubprix berjemur,dia melawat site pun berjemur. Okay sebagai isteri yang mithali lagi baik aku kena buat sesuatu la. Aku beli segala mak nenek masker di Watson. Brand tak kisah sangat. Janji masker. Hehe. Selain tu beli yang lekat dekat hidung tu untuk tanggalkan blackhead. Okay nice. 

First aku cuci muka dia dengan wet tissue. Okay chill je dia pejam mata. Benci tau. Spa tak berbayar naa. Lepas tu aku pun slaat la masker tu. Untuk dia aku pakaikan masker yang peel off. Dia pun suka yang itu. Aku kurang suka. Sebab nanti tangan melekit lekit. Banyak nau bulu muka dia ni. Jambang je dah separuh muka. Lantak dia. Aku sapu jugak.

Setengah jam,dah kering. Aku cabutkan. Haha memang terhibur betul cabut benda tu. Haa putih melepak terus laki aku uolls. Okay lepas tu lap guna wet tissue semula. Aku pakaikan dekat hidung pulak. And aku? Aku pakai masker. Yang macam topeng putih tu la. Beli yang ada collagen so muka sejuk sejuk je rasa. Best! :)

Sekarang setiap malam aku pakaikan masker dekat muka dia. Yela lelaki bukan rajin nak beli benda alah remeh remeh camtu. So kita perempuan la yang kena beli yedak. Takpe yang penting cik abam bagi duit. 


Untuk kesihatan dalam pulak,kita belikan air tongkat ali eh takdelah. Haha. AKu beli cuka epal (Apple vinegar) dan honey. Sebotol RM25 kalau tak silap. Minum 3 kali sehari tapi sebab aku share dengan laki aku jadi aku limitkan 2 kali sehari. Insyaallah boleh cuci toksin dalam badan dan boleh kurus. Lemon pun dah beli tapi tak sempat buat lagi. 

Aku dah start berzumba hari tu. Nokhorom macam nak terputus nyawa rasanya. Yela dah lama tak bersukan tetiba dengan rancaknya aku zumba. Memang namatey rasanya sebab jantung mengepam laju lebih dari selalu. Hmm. Tapi syok part gelek gelek tu. Hahaha. Terasa kurus jugak la walaupun sejam aje non stop zumba. Ingat nanti nak pergi jogging pulak. Yayyyyyy! :)

No comments: