Tuesday, April 19, 2016

Penang baby

Semenjak Joe join MMB ni,banyak jugaklah pergi jalan jalan :) Next location Kangar,Perlis. Baru ni pergi Penang - stadium Batu Kawan tengok Petronas cubprix. Anak Abang Zul & abang Hazari masuk. Wei panas gila Penang. Tidur homestay,best jugak homestay tu besar. Tapi sedih sikit sebab kena tidur asing :( Perempuan semua satu bili. sobs sobs. Tak biasa la tidur sorang takde Joe. Nangis kejap la. Kahkahkah. Sembang sembang dengan Ayu dan anak dia. Makan nasik kandar ala sedapnya. Good news lagi satu,Joe and team insyaallah dapat tender sekolah dekat Teluk Intan. Alhamdulillah. Tengok depa gigih betul hari tu. Harap ada lagi tender yg diorang dapat. Jadi sebagai isteri,aku kena paham la kalau Joe tak balas whatsapp atau tak contact sebab dia mmg sibuk. Pergi site. Tengok kulit dia pun makin gelap sebab banyak berjemur. Huhu. Kesian dia. Tu yang aku beli masker,beli macam macam la kesian tengok suami dah gelap ciked. Hehe. Terharu sangat bila Joe cakap dia kesian tengok aku penat menjahit. Tak la penat sangat sebenarnya. Aku minat dan paling best sebab dapat duit. Hehe. Joe cakap nanti kalau dia dah senang,aku tak payah kerja dah,duduk rumah je tunggu suami balik. Alahai,sedap telinga mendengar :) Thank you awak. Tapi sejujurnya aku suka je dengan life sekarang. Kerja dengan abah sendiri,masa agak flexible. Masuk office takde la awal pagi sangat. anytime nak cuti pun okay je (JANJI KERJA SIAP BEFORE CUTI) Seronok jugak kerja AD ni. Walaupun gaji takdelah besar sangat. Hehe. Tu yg buat part time job tu. Nak tampung kehidupan seharian la ni.

No comments: