Tuesday, April 19, 2016

Rude customer

Selalunya aku sabar je dengan kerenah customer. Tapi yang sorang baru ni memang menguji kesabaran akak tau. Dia ingat seller ni kuli batak dia gamaknya. Takde langsung perkataan "mintak tolong". Mengarah sesuka hati dia je. Dia whatsapp aku,hantar gambar veil putih yang dag berzaman aku pos. Suruh bentangkan veil yang itu. Sejak hp rosak,aku mmg pakai hp yang camera tak lawa sekarang ni. Okay takpe. Aku masa tu dekat luar,tengah makan dekat Dataran. Aku cakap nanti aku bentangkan. Aku balik rumah dah lewat dah. So balik tu tidur terus. Esok pagi dia whatsapp lagi. Aku hntr gmbr customer pakai veil,so that dia nmpk la kelabuhan veil tu. Kalau bentang veil,kau tahu ke labuh camne? Dia pun whatsapp. "Saya suruh awak bentangkan veil". "Ni gambar dalam instagram awak kan?" "Saya nak awak bentangkan dkt atas lantai ke apa". Damn aku dah rasa menyirap dah. Aku pun hntr gmbr veil yg aku bentangkan. Veil warna hijau (yg ni aku baru nak pos dkt customer). Minah rude ni pun balas,ni warna biru. Warna putih takde ke? Dia ingat aku buat veil lepas tu aku simpan dalam lemari ke apa? Dah siap veil for sure la aku pos terus dkt customer. Mana ada ready stock. Custom made okay. Ada order baru aku buat. Tapi mmg naluri aku betul,aku dah rasa tak sedap dah. Aku block dia terus. Sebab aku tak berkenan dengan ayat dia bentangkan veil tu atas meja,nak tengok. Sebab aku rasa macam dia mengarah dan kurang adab sikit. Okay,BLOCK TERUS. Malam tu dia whatsapp guna number laki dia. Tunang dia. Tanya kenapa aku block dia. Kahkahkah. Patutnya tak payah tanya,kau kena block sebab kau rude. Aku unblock. Sambung bincang walaupun hati aku mmg dah tak nak ambik order dia ni. Lepas tu dia nak warna off white. Damn. Susah kot nak dpt warna ni. Lepas tu aku ckp risiko sikit warna ni takut tak masuk dengan baju. Dia send gambar. Tapi kau tahu la kan,camera kadang kadang tak dapat capture teh exact color. Aku cakap dekat dia aku risau warna lari,if dia free aku mintak tolong dia poskan baju nikah dia pada aku. Dan di sini kemuncak biadap dia. 



"Woo,gila ke awak ni???"
"Baju nikah nak bg kt org!"
Tak pernah di buat org


*Terkedu aku*




Dia ni datang dari planet mana? Normal jela org hntr baju pada pembuat veil utk tujuan matchingkan warna. Habis tu customer aku yang hntr baju pada aku utk beading dan jahit lace tu gila la? Ya Tuhan geram betul aku. Memang akak carut dalam hati la sebab bengang betul rasanya. Baju kau tu baju Rizman Ruzaini ke yang kau kecohkan sangat? Kau ingat aku nak pakai baju kau ke camne? Wei menyirap gila la.


Aku terus cakap warna yang dia nak tak ada. Aku syak dia ni dah kena block dengan ig lain kot (yg jual veil sama mcm aku) Aku kesian dekat suami dia nanti la nak handle perangai rude camni. Camne laki tu boleh hadap dengan perangai dia aku pun tak tahu. Harap insaf dik. Muka lawa tapi perangai tak seiring dengan muka pun tak boleh jugak. Thank you.

No comments: