Tuesday, May 10, 2016

Love Hate Relationship

Pernah dengar term ni kan? Orang kawen akan mengalaminya. Pukul 10 am kau sayang namatey dengan laki kau dan pukul 10.10 am kau benci sampai kau rasa macam nak ambik towel dan libas libas muka dia. Tapi lepas tu korang elok je. Haha.

Inilah relationship yang sihat sebenarnya. Takde maknanya kau sayang dia,kau takde sekelumit pun tak suka. sikit sikit tu mesti ada jugak kau rasa kau benci,kau tak suka dan kau dendam dengan dia. Tapi rasa sayang tu lebih menguasai. So nanti korang akan okay balik.

Aku selalu berbulu je dengan laki aku bila dia badmood. Antara aku dengan dia,memang aku ni jauh lebih cool dan sabar. 

Contoh :

JALAN JEM.
Dia akan menjadi satu manusia tak bertamadun dengan hon orang depan dia,potong ikut kiri,cucuk cucuk kereta depan lepas tu bagi lampu suruh orang tu ke tepi. Muka memang dah macam bara api seketul atas balang shisha. Berapi dan merah manakala aku? Tenang,pandang luar menikmati pemandangan langit,gunung dan ada masanya aku tenangkan dia jugak. Aku gosok bahu dia,"bawak elok elok ye". No chill laa this guy. Bila dah potong kereta tadi,dia akan bagi jelingan maut dekat orang tu and I was like the heck? Ingat best la tu? Hahaha laki aku ni betul la. Aku selalu amalkan zikir dan doa lembutkan hati suami sebab dia ni memang bara api. Tuhan atur jodoh memang elok sebab aku ni memang tenang orangnya. Ngam la dengan laki aku tu. Haha.

TAKDE LAUK AYAM
Okay ni masalah besar. Takde ayam,laki aku tak lalu makan dan kdg kdg tak nak makan. Boleh kuruslah! Haha. Dia akan tarik muncung sepanjang mulut buaya Sungai Rajang. Mungkin dah terbiasa mak dia layankan kerenah dia ni. Haha. Aku tenang je takde ayam pun takpe,makanlah apa adanya. Siap aku kena pujuk dia,makanlah sikit / jom beli kfc? Haa nampak tak laki aku ni cemane orangnya? Aku ni dah ghope kakak tapi memang betul pun sebab aku memang tua dari dia (eleh setahun je pun?) Tapi memang aku banyak kawal keadaan since my guy has no chill. HAHAHA. Tapi aku sayang dia. Laki aku ni ciptaan Allah yang unik walaupun sellau uji kesabaran aku.

Ni jela contoh nak bagi tulis lelebih kang jadi mengata mengumpat pulak. Aib. HAHAHA. Tapi aku sayang la laki aku ni. Baik buruk dia aku terima walaupun PAYAH. Lol. Tapi dia selalu pujuk aku dan manjakan aku. Dia layankan jugak permintaan aku nak pergi mana mana dan aku ni mmg jenis hari hari merajuk tau. Diulangi hari hari. Ni jela satu tabuat buruk aku yg laki aku kena handle. Haa senang kan jadi laki aku? HAHAHA.

Makanya statement perempuan sukar difahami tu tak boleh aku kaitkan dengan relationship aku sebab pada aku,lagi susah nak paham LELAKI. Yes. Dia bukan jenis nak kabo kalau ada masalah tahu tahu badmood je. Hmm. Takpe,lantak dia. Haha.

Moralnya : Dalam hubungan tu memang kita ni berlawanan sifat dengan pasangan. Sorang bara sorang penyabar. Sorang tegas sorang lagi lemah lembut. Terima seadanya,tingkatkan lagi kesabaran dan pasangan yang bara tu,jangan ambik kesempatan pulak bila dah dpt partner penyabar. Depa pun manusia ada hati dan kaki. Ada kaki maksudnya depa boleh lari kalau tak tahan, HAHAHA.

I love you Amirul Johari Azman.

No comments: