Thursday, June 23, 2016

Balik kampung

Alhamdulillah. Husband izinkan untuk beraya di kampung belah gua tahun ni. Yahooo. Perasaan dia mestilah happy sebab beraya kampung aku agak meriah. Hehe. Cousin ada 20 orang dan cousin yang anak anak ada 5-6 orang macam tu. Pulaknya kitorang semua ni umur tak jauh beza so memang sekepala la. Okay,tahun ni merasa la tidur berlonggok di ruang tamu. Haha. Cuma bezanya husband join sekali la. Biasa malam raya tu agak sibuk di dapur tolong wan masak rendang. Rendang ayam,rendang daging & rendang lain lain (paru + limpa) Ya Tuhan sedapnya. Lepas tu buat lemang. Haa tak main la beli kitorang buat okay. Tapi bukan aku la. Haha. Pakcik aku (Engah & Cumin) ni adik beradik mama aku. Mengacau dodol siang (sehari before raya) lepas tu malam tu akan mengemas rumah. Sambil sambil tu berborak dengan mak mak sedara sambil layan drama sedih. Biasanya malam sebelum raya ni pukul 2-3 pagi baru tidur. Berborak sampai pagi pun ada. Haha. Paling best,solat Subuh jemaah reramai. Eh lupa nak cerita bab main mercun. Haruslah main. Mercun bola,mercun roket dan segala mercun la. Pernah ada satu tahun tu polis kejar budak budak main tepi rumah wan (tepi rumah wan ada dusun tinggal) Haa terkejut jugak pagi esok tgk penuh selipar berterabur time kena kejar polis. Hehe. Pagi raya,memang gamatlah sebab berebut nak gosok baju,nak mandi lagi. Haha. Toilet ada dua,orang ada 30 lebih so camne kau agak? Memang sekali mandi 3-4 orang serentak la. Biasa aku mandi dengan adik adik pompuan aku. Relax je. Haha. Memang riuh lepas tu bila mama jerit suruh cepat kelam kabut la. Haha bestnya. Nampak la muka wan happy bila reramai balik Pahang. Serious best. Makanan sedap. Husband aku kalau baik Pahang memang beriya makan sebab alhamdulillah wan aku mmg pandai masak. Hehe. Wan aku tukang masak asrama tahfiz dulu and sekarang org masjid rajin suruh wan masak untuk org masjid makan. Eh tak sabar la!

 

No comments: