Thursday, June 30, 2016

Duit dan rezeki dari Allah

Dugaan hidup,dah 3 bulan gaji sangkut. Jadi kehidupan macam mana? Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan kudrat wanita,mampu menjahit lagi. ambik order dari customer. Awal puasa hari tu down jugak fikir takde orang nak tempah veil bulan puasa tapi sangkaan tu meleset. Ramai yang nak order untuk beading baju. Alhamdulillah,dapat jugak tampung kehidupan seharian. Be realistic. Memang ada suami tapi dapat duit nafkah takdelah sampai RM1k sebulan kannnn? Haha jadi nak tak nak kena la usaha untuk cari duot poket. Disebabkan tak bergaji. Kenapa masih setia kerja sini walaupun takde gaji? Kesetiaan kena ada. Mana nak tau kot bulan depan ada payment RM1 Juta masuk,haa tak syok ke tu? Hehe. Aku stay positif jela sekarang ni. Keep on kejar claim claim projek yang masih belum dapat tu. Kalau dikira kira,claim yang aku dah submit,jumlah RM280k untuk beberapa projek. Tapi dugaan dia pun banyak jugak. Takde pegawai nak sign kelulusan,ada dokumen tak cukup,amount salah,lepas raya baru boleh dapat. Ingat tak frust ke? Of course la frust tapi aku percaya rezeki ada di mana mana. Cuma kena rajin je. Haa nampak tak tahap positif aku sampai lagu mana. Buat apa nak stress betul tak. Tak membantu pun. So aku contact customer aku yg mana mana belum buat payment ke apa tu. alhamdulillah dapat here and there. Lega jugak la orang kata boleh tarik nafas sikit. Ni nak balik kampung,dengan husband,kumpul duit untuk miyak,tol. Duit raya? Haha. If ada duit lebih baru boleh hulur. Kalau takde memang duk diam jela. Allah uji kesusahan sekarang Insyaallah dengan sabar,masa depan nanti Allah kurniakan rezeki lain pulak. Rezeki baby ke. Kan? Hehe. Doakan ada claim masuk tauuuu.

No comments: