Wednesday, June 8, 2016

Mimpi dan petanda

Dua minggu lepas aku rasa sesuatu yang aku tak pernah rasa. Hati dan jiwa rasa kosong. Hidup gembira tapi masih rasa kosong. Aku rasa aku kena berubah ke arah yang lebih baik. Aku kena dekatkan dengan diri dengan Allah. Kalau ada masalah apa apa,sebelum ni aku banyak mengadu pada manusia tapi sejak dua menjak ni aku rasakan tempat pengaduan yang terbaik adalah pada yang Maha Satu. Aku rasa lain. Lepas mengadu dia dalam doa lepas solat,aku rasa seolah beban di angkat semuanya walaupun dalam hidup ni aku ada masalah yang agak banyak. Aku dekatkan diri dengan Allah,aku banyakkan bacaan agama,aku dengar ceramah walaupun cuma dalam Facebook. Banyak benda yang aku tak tahu rupanya. Ilmu masih kurang. Paling senang bab aurat. Masih tak dijaga dengan baik. Stokin tak pakai,kadang kadang nampak lengan. Aku dah umur 27 tahun. Agaknya sampai mana la takdir aku hidup. Entah esok,entah lusa. Kalau ditanya,ke mana agaknya tempat aku di akhirat kalau ditanya sekarang. Jawapan aku senang sahaja. 

AKU AKAN KE NERAKA!

Allah

 :( Amal ibadat,dosa dosa lampau,dosa dosa sekarang. Aku mula rasa takut. Kadang kadang aku rasa masalah yang melanda hidup aku ni,sebab aku selalu jauh dari Tuhan. Berdosanya aku :( Maaf la kalau ada yg terbaca tulisan aku ni dan rasa aku riak nak menujuk berubah ke apa tapi aku raa takde siapa kot berminat baca blog aku ni. Aku cuma luah apa yang aku rasa. Tak niat langsung nak berlagak. Harap tak salah nilai.

Aku lebihkan solat. Solat yang wajib alhamdulillah cukup,aku tambahkan solat sunat & solat hajat dan zikir zikir. Lepas ni insyaallah aku nak buat solat Tahajjud. Sepatutnya aku ambik contoh mak aku. Alhamdulillah dia tak pernah miss tahajjud setiap hari. Jauhnya aku banding amalan aku dan mak aku :(

Aku dah mula mengaji. Sebelum ni nak dapat sebulan sekali pun payah,kali ni aku update macam seminggu tu 3 / 4 kali. Later insyaallah setiap hari. Aku takut masuk neraka. Semoga dengan mengaji ni la dapat selamatkan aku di akhirat nanti. Nak mintak anak anak doakan,belum ada rezeki anak lagi.

Hari ni aku ke Angsana Mall,aku beli stokin tangan & inner neck. Nanti beli lagi stokin tangan tu. Socks pun ada dah ni insyaallah nak beli lagi.

Aku selalu doa mintak Allah jadikan aku istiqomah dengan perubahan ni. Aku takut separuh jalan. Tahu jela godaan syaitan memang kuat. 


Dulu aku memang tak boleh langsung keluar rumah tanpa tak makeup. Banyak jugak duit aku habiskan untuk makeup tak tipu. Sekarang aku just pakai compact powder dan lipstick sikit. Supaya tak pucat. Malas dah makeup tebal tebal. Untuk siapa? Alhamdulillah kondisi kulit pun makin okay. Pori pori dah tak tersumbat la kot. 


Insyaallah next step aku nak tambah lagi amalan amalan lain. Semoga Allah lindung dan jaga aku. Amin,

No comments: