Thursday, June 9, 2016

Solat jemaah suami isteri

Manusia emo macam aku ni memang mudah terharu. Semalam solat jemaah (Isya') dengan suami. Time solat nangis. Sebab rasa sebak. Selama mana la agaknya Allah pinjamkan suami yang ni untuk aku? Tapi hakikatnya kita sayang dan cintakan manusia,haruslah kerana Allah. Dan kena tahu,pasangan kita adalah pinjaman. Selama dia dengan kita,buatlah yang terbaik,jadilah yang terbaik. Jadilah isteri yang taat pada suami. Isteri adalah penyejuk mata,penawar hati suami. Kalau hati suami asyik bengkak je dengan perangai kita,Malaikat akan laknat kita,Allah pun akan marah pada kita. Apa kita buat semua tak berkat. Dosa. Aku kena biasakan mintak maaf dengan suami setiap hari. Yela ada masanya kita tak sedar perbuatan atau tutur kata kita mengguris hati dia. Jadi seorang isteri ni bukanlah pekerjaan yang mudah. Serious talk ni. Kau kena taat pada suami walaupun ada masanya kau rasa tak adil,kau rasa tak patut suami kau begitu begini,ada masanya kau rasa penat layan kerenah dia,kemarahan dia. Tapi in the end,sebenarnya jauh di lubuk hati suami kau,dia tahu sebenarnya kau ni la isteri terbaik buat dia. Aku bersyukur Allah kurniakan aku sifat sabar yang agak tinggi sebab untuka ku handle suami aku bukan senang ye. Dia muda dari aku,fikiran pun muda ada masanya kebudak budakan sikit. Layan kartun lagi,ada masa merengek macam budak kecik bila demam bila nak apa apa. Tapi aku masih rasa dia la suami yang terbaik buat aku. Dan aku tahu yang Allah bagi pada kita tu,itulah yang terbaik dan paling sesuai dengan kita. Aku lately banyak berdoa tentang eratkan kasih sayang dan jadikanlah suami aku ni suami yang penyayang,bertimbang rasa,beriman,lemah lembut,baik tutur kata dan lain lain. Alhamdulillah kuasa doa takde siapa boleh sangkal. Suami makin penyayang,sudi jadi imam bila solat,cara layan isteri pun penuh lemah lembut la. Allah. Sebaknya rasa. Siapa yang ada suami yang panas baran tu rajin rajin la berdoa pada Allah suapaya dilembutkan hati suami. Suami aku ni bukan lah baran tahap teruk tapi ada masanya terkeluar jugaklah. Huhu. Semoga istiqomahlah Khadijah dengan perubahan ini. Amin.

No comments: