Tuesday, July 12, 2016

RAYA 2016

Alhamdulillah berjaya melalui sebulan Ramadhan dengan jayanya. Tabah jugak menyiapkan tempahan customer. Okay lepas tu cerita raya. Bersyukur sebab husband okay bab bab giliran beraya ni. Last year beraya di Sungai Rokam rumah mertua and tahun ni di Pahang. Mula mula cuak jugak sebab yela laki aku ni kan adik beradik dua orang je dengan kakak dia. Mesti mak mertua sunyi time raya. Tapi alhamdulillah semua baik baik je. Raya hari Rabu tapi husband cakap Isnin kita balik kampung. Hehe. Aku ni bukan jenis ckp banyak so aku ikut aje. Tanya tanya kang dia ubah fikiran pulak. Hihi. So cadangnya nak bertolak puluk 3am. Tapi aku kenal sangat la laki aku ni memang boleh tahan perancangan dia tu. Tapi itulah orang kata manusia merancang Tuhan menentukan. HAHA. Pukul 7.30am baru gerak. Penat wei mengemas baju. Belum lagi ada anak. aku kemas barang laki aku sekali. Haha. 

Paling syukur sebab jalan tak jem lamgsung. Jadi sepanjang jalan bernyanyi riang,takbir raya bagai. Haha. Tabiat aku dalam kereta bila jalan jauh,aku jarang tidur. Melainkan aku pening ke baru aku tidur. Sebab nak teman laki aku drive. Haa baik tak baik tak? Sampai Pahang singgah Temerloh dulu. Ewah Temerloh pun dah pandai jem sekarang. 

Skip terus ke pagi raya. Suasana kelam kabut ni mmg best la. Haha. Kau bayang toilet ada 2,kaum keluarga ada dekat 20 orang. Gamat jugaklah. Dengan kena beratur untuk gosok baju lagi. Best. Kelam kabut sarung telekung pergi masjid. Masjid Paya Taram. Ramai jugak so kena solat dekat bhgn luar. Hehe. Nasib tak lupa bawak wallet. Tabung masjid ada roda. Comel. 

Tradisi baru yang laki aku belajar adalah pergi beraya. Haha. Kalau dekat Sungai Rokam,kita tunggu orang dtg rumah beraya sebab rumah mertua aku ni dikira kampung bagi family. Semua akan tuju situ. Jadi lepas satu rumah ke satu rumah kitorang beraya. Kesian je tengok laki aku mengikut aje. Hehe okay what bukan selalu. Sampai ke malam beraya. Best best.

Raya kedua tahlil kubur. Ini mmg tradisi situ la,tahlil satu kampung. Dan dapat duit raya. Aku pun dapat. Hihi. Dekat 4 hari jugaklah duduk kampung. Paling lega sebab suami boleh adapt dengan suasana kampung. Cuma next next year hope laki aku boleh belajar buat lemang naa. Cari buluh semua. Oh ye kitorang main mercun sekotak. Ap Boom paling best. Thanks to Pakteh sebab beli mercun dekat Siam. Hehe.

Selamat hari raya semua. Salah silap harap dimaafkan sama ada yangs sengaja atau tak. Jumpa lagi tahun depan Insyaallah.

My beloved family
Busyuk kesayangan

No comments: