Friday, November 25, 2016

DUA TAHUN

Alhamdulillah. Next month,cukup dua tahun kahwin. Hehe. Seronok tu seronok jugak tapi memang mencabar juga la. Kehidupan berunah tangga ni tak mudah. Ada pasang surut,ada dugaan. Tapi kitorang chill je. Jenis aku dengan laki aku ni,simple. Dia tak campur kerja aku dan aku tak campur kerja dia. Dan saling hormat ach other punya privacy. If laki aku nak lepak cc main game aku chill je. And aku lepak dengan adik beradik aku pun dia okay je. Masing masing percaya each other. Alhamdulillah,

So far aku happy. Cuma financial la agak tight this year. Order banyak,serius banyak. Sebulan alhamdulillah boleh dapat 2k juga tapi dugaan tempat kerja,4 bulan gaji sangkut. Hidup semata mata duit menjahit bhai. Betapa tabahnya aku. Dan aku ajar kawan office aku ni (Kak Mas) untuk menjahit juga macam aku. Alhamdulillah. Happy juga dapat tolong orang. 

Rezeki anak belum sampai. Tapi kan,aku rasa so far maish enjoy hidup berdua dengan Joe. Kitorang bila bila boleh pergi jenjalan tengok wayang dan banyak masa berdua sama sama. Pergi event cubprix sepanjang tahun. Alhamdulillah Allah bagi peluang aku spend time puas puas dengan husband. Aku takde rasa tekanan pun pasal belum ada anak ni. Serius. Aku rasa tak bersedia pun ada juga sebab aku sibuk mencari duit juga sekarang.

No comments: