Thursday, February 23, 2017

Online business

Customer kurang adab atau straight to the point - kurang ajar. 3 tahun aku buat online business,aku rasa dalam 10 orang tu ada jugak lah yang kurang ajarnya. Dia rasa macam dia dah bayar duit ke kita,dia boleh nak langgar,nak hembus je. Malangnya nasib suami uolls nanti. Baru ni kena dengan sorang customer Kedah - Aloq Setaq. Dia punya level kurang sopan tu aku dah nampak dari mula dah. Tapi takpelah aku abaikan dulu. Lepas tu,dia nak mintak tracking number, Okay fine la. Lepas tu aku pun hantar gambar slip,fokus tang nombor tracking dan harga barang. Aku ni dah buat banyak veil,of course la aku tak ingat harga. So aku pun tulis je RM150. Veil budak ni RM120. THAT IS THE ISSUE!. Haha. Dia ingat aku bagi tracking orang lain.

Dia punya menggelabah biawak,dia terus sembur.



[18:23, 2/20/2017] SSBJ N* Kedah: No tracking please                       
[18:23, 2/20/2017] SSBJ N* Kedah: Sy nk check..                       
[19:12, 2/20/2017] SSBJ N* Kedah: Ni org lain punya                       
[19:12, 2/20/2017] SSBJ N* Kedah: Knp nk menipu..                       
[19:13, 2/20/2017] SSBJ N* Kedah: Makan duit haram..xlepas pon ok..

[19:13, 2/20/2017] SSBJ N* Kedah: Dunia akhirat sy xhalal.


Menyirap aku baca. Haha . Lantak kau la dik. Kang veil dah sampai,jangan malu pulak nak pakai. Aku read whatsapp tu,dia terus block aku. Haha. Tak heran la dik oi,ada ramai lagi customer beratur yang dah book dengan kita. Sikit pun tak heran. Apa apa pun nak cakap,mulut tu jaga la. Muka lawa tapi mulut serupa syetan tak ke mana juga dik. Semoga suami awak boleh bimbing mulut syetan awak tu ye. Lain kali tanya la dulu bebaik,akak ni tracking saya ke? Kenapa amount lain? Ini main hembus je. Haha. Maluuuuuuuuuuu tak? Okay malas nak bebel. Bye. Assalamualaikum.


No comments: