Wednesday, March 15, 2017

TERENGGANU TRIP




















Alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Tahniah dan Fuadi dan Illa,selamat diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana dan meriah. Aku dan Joe bertolak awal juga. Pukul 9am kitorang gerak. Naik Hilux,kitorang ikut jalan ke Gua Musang. Singgah Cameron,tu paling best sekali sebab aku ni sebenarnya dah lama ajak Joe. Tapi Joe sibuk sangat. Kali ni dia bawak so hati berbunga bunga riang. Yayyyy. Minum teh dekat Sungai Palas Boh tu.  Seronokkk. Lepas tu kitorang teruskan perjalanan. Alhamdulillah 4pm sampai ke Kampung Batu Rakit,Kuala Terengganu. Lapar teruk so makan dekat rumah Illa. Dap err. Then tunggu Myna Yus dan Lisa,Cam sampai. Kitorang,Fuadi dan Adri ambik diorang dekat airport. Paling sedih Farid dan Izzy terlepas flight. Huhu. Diorang gerak naik kereta pukul 2am baru sampai Terengganu. Fuhh penat tuuu.Skip ke hari kedua,kenduri. Pukul 8.30am akad nikah,aku nangis juga mengenangkan mak Fuadi dah takde. Tak boleh bayang kalau mak aku takde. Hmm. Petang tu relax relax makan keropok lekor tepi pantai lepas tu main layang layang and main ombak. Serious seronok dan tenang je tengok laut. Rasa nak pergi lagiiii. Apa apa pun tahun ni banyak berjalan juga kitorang nii. Lepas ni bulan 7 majlis Adri,kawen dengan Farahin orang Gombak. Bulan 10 pulak majlis Ikram dengan orang Penang. Dapat duduk Lexis Suite best jugakkkk. And then bulan Januari next year kenduri syarh dan Piqa. Yayyyy berjalan jalan seronokkkk.

No comments: