Tuesday, April 25, 2017

Pregnancy

Assalamualaikum. Aku mulakan dengan lafaz kesyukuran atas setiap nikmat yang Allah bagi. Rezeki kesihatan,duit dan hidup yang tenang. Cuma baru ni,aku pun tak pasti. Mungkin aku pregnant?
Period yang sepatutnya 20 April,sampai 25 April 2017 tak datang datang. Aku check guna pregnancy test,3 kali semua negative. Mak aku manusia paling excited sekali. Joe pun sama. Adik lelaki aku yang kawen hari tu alhamdulillah akan jadi ayah dah. Tahun depan. Jadi mak aku tersangatlah excited kot kot dapat timang dua cucu serentak. 

Aku ni paling tak senang duduk. Kejap kejap aku check dah datang period ke belum ni. Serious aku takut :( Of course la berharap juga. Aku dah kawen 2 tahun 4 bulan. Mungkin inilah masa yang sesuai,Allah nak bagi rezeki. Sampai ke saat aku menulis ni,period tak datang lagi. 5 hari lewat maknanya.

Mak aku cakap tak detect sebab baru pregnant kot. Entahlah mama oii,tak tau nak cakap, Tapi aku dah mula rasa pening pening,terhuyung hayang,perut cramp. Doakan aku okay.

No comments: